Akta Pemindahan Antarabangsa Banduan 2012 · Updated to 26 Dec 2012 · Bahagian IV · Pemindahan ke Malaysia
11. Permohonan untuk pemindahan ke Malaysia
Feedback & support(1)
Suatu permohonan untuk memindahkan banduan ke
Malaysia boleh dibuat—
(a)
oleh Menteri kepada pihak berkuasa berkenaan Negara asing yang ditetapkan; atau
(b)
oleh pihak berkuasa berkenaan Negara asing yang ditetapkan kepada Menteri.
(2)
Suatu permohonan bagi pemindahan di bawah subseksyen (1)
hendaklah dibuat secara bertulis.
Undang-Undang Malaysia 12
(3)
Permohonan bagi pemindahan di bawah seksyen ini hendaklah disertakan dengan—
(a)
apa-apa dokumen yang dipersetujui oleh Malaysia dan
Negara asing yang ditetapkan bagi maksud itu; dan
(b)
apa-apa dokumen atau maklumat lain yang difikirkan berkaitan dengan permohonan itu dan yang boleh diberikan dengan sewajarnya.