Akta Cap Dagangan 1976 · Updated to 27 Dec 2019 · Part VI · Pendaftaran dan Kesan Pendaftaran
Section 35
Feedback & supportTertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, pendaftaran seseorang dalam Bahagian A atau Bahagian B sebagai tuanpunya berdaftar sesuatu cap dagangan (lain daripada sesuatu cap dagangan perakuan) mengenai apa-apa barang/adalah, jika sah, memberi atau hendaklah disifatkan sebagai telah memberi kepada orang itu hak eksklusif ke atas penggunaan cap dagangan itu berhubung dengan barang-barang/itu tertakluk kepada apa-apa syarat, pindaan, ubahsuaian atau batasan yang dicatitkan dalam Daftar.
batasan
"batasan" ertinya batasan hak ke atas penggunaan eksklusif sesuatu cap dagangan iaitu hak yang diberi oleh pendaftaran cap dagangan itu termasuk batasan hak itu tentang
Jika dua orang atau lebih adalah tuanpunya bagi cap-cap dagangan berdaftar yang serupa atau hampir-hampir menyerupai satu sama lain samada—bagi—barang-barang yang—sama—atau—bagi—barang-barang—yang berlainan, hak-hak eksklusif ke atas penggunaan salah satu daripada cap-cap dagangan itu tidaklah diperolehi (kecuali setakat mana hak-hak mereka masing-masing telah ditentukan oleh Pendaftar atau Mahkamah) oleh mana-mana seorang daripada mereka itu terhadap mana-mana seorang lain daripada mereka itu dengan pendaftaran cap dagangan itu tetapi tiaptiap seorang daripada mereka itu adalah mempunyai hak-hak yang sama terhadap orang-orang lain (yang bukan pengguna-pengguna berdaftar) sebagaimana ia tetap mempunyai hak-hak itu jika ia adalah seorang tuanpunya berdaftar tunggal cap dagangan itu.