Skip to content

Section

Section 44

of Trade Marks Act 1976

ActIn forceProvision 44 of 83
Section 44
(1)

Tuanpunya berdaftar cap dagangan boleh memohon dengan cara yang ditetapkan kepada Pendaftar untuk keizinan membuat apa-apa tambahan atau perubahan kepada cap dagangan itu dengan apa-apa cara yang tidak menyentuh pada matannya identiti cap dagangan itu dan Pendaftar boleh enggan memberi keizinan itu atau boleh memberi keizinan itu atas apa-apa syarat dan tertakluk kepada apa-apa batasan yang difikirkannya patut.