Akta Cap Dagangan 1976 · Updated to 27 Dec 2019 · Part XIII · Pembicaraan di Sisi Undang-Undang, Kos dan Keterangan
Section 61
Feedback & supportJika dalam sesuatu pembicaraan di sisi undang-undang sahnya sesuatu cap dagangan berdaftar adalah dipersoalkan dan keputusan dibuat untuk faedah tuanpunya berdaftar cap dagangan itu, maka bolehlah Mahkamah memperakui yang demikian dan jika Mahkamah memperakui sedemikian maka, jika sahnya pendaftaran itu dipersoalkan dalam suatu pembicaraan di sisi undang-undang yang kemudian, tuanpunya berdaftar cap dagangan itu adalah berhak, apabila mendapat suatu perintah atau hukuman muktamad untuk faedahnya, mendapat kos, bayaran dan belanja penuh sebagai antara peguamcara dengan pelanggan, melainkan jika dalam pembicaraan yang kemudian itu Mahkamah memperakui bahawa tuanpunya berdaftar itu tidak patut mendapatnya.