Akta Cap Dagangan 1976 · Updated to 27 Dec 2019 · Part IX · Pengguna Berdaftar
Section 50
Feedback & supportPenggunaan yang dibenarkan mengenai sesuatu cap dagangan berdaftar hendaklah disifatkan sebagai penggunaan oleh tuanpunya berdaftar cap dagangan itu dan bukan penggunaan oleh seseorang yang lain daripada tuanpunya berdaftar itu bagi maksud-maksud seksyen 46 dan bagi apa-apa maksud lain yang baginya penggunaan oleh tuanpunya berdaftar cap dagangan itu adalah matan di bawah Akta ini atau di bawah common law.
seseorang adalah didaftarkan sebagai seorang pengguna berdaftar sesuatu cap dagangan dan cap dagangan itu telah digunakan dahulunya (samada sebelum atau selepas mula berkuatkuasanya Akta ini) oleh orang itu; dan
pengguna atau selepas mula berkuatkuasanya Akta ini) oleh orang itu; dan
Jika----
penggunaan itu adalah berhubung dengan barang-barang yang mengenainya orang itu adalah didaftarkan dan, jika orang itu didaftarkan tertakluk kepada syarat-syarat atau sekatan-sekatan—
penggunaan itu telah mematuhi pada matannya syarat-syarat atau sekatan-sekatan itu; atau
penggunaan itu tidak mematuhi sedemikian tetapi walau bagaimanapun tidak pula berlawanan dengan kepentingan orangramai, maka seksyen-kecil (1) hendaklah berkuatkuasa seolah-olah penggunaan yang dahulu itu adalah penggunaan yang dibenarkan.