Amendment Act · As enacted · 4 parts
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2011
Feedback & supportAmends the Capital Markets and Services Act 2007Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pasaran Modal dan
Perkhidmatan (Pindaan) 2011.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa—
peruntukan yang berlainan dalam Akta ini; atau
semua peruntukan atau peruntukan yang berlainan dalam
Akta ini berkenaan dengan kelas atau kategori orang, sekuriti atau derivatif yang berlainan.
Subpenggal 4 Penggal 3 Bahagian III sebagaimana yang dimasukkan oleh Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa selepas tempoh dua tahun atau suatu tempoh lanjut yang tidak melebihi satu tahun sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Menteri, dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.
Undang-Undang Malaysia 4
Penggantian perkataan “berdagang dalam kontrak niaga hadapan”, “berdagang dalam kontrak niaga hadapannya”,
“niaga hadapannya”, “peniaga hadapan”, “kontrak niaga hadapan”, “niaga hadapan”, “perdagangan dalam kontrak niaga hadapan” dan “perdagangan kontrak niaga hadapan”
s 2
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda berhubung dengan perkataan “berdagang dalam kontrak niaga hadapan”, “berdagang dalam kontrak niaga hadapannya”, “niaga hadapannya”, “peniaga hadapan”, “kontrak niaga hadapan”, “niaga hadapan”, “perdagangan dalam kontrak niaga hadapan” dan “perdagangan kontrak niaga hadapan” sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.
s 3Pindaan seksyen 2
Subseksyen 2(1) Akta ibu dipinda—
dengan memotong takrif “berdagang dalam kontrak niaga hadapan”;
dengan memasukkan selepas takrif “bank saudagar berlesen”
takrif yang berikut:
‘ “berniaga dalam derivatif” mempunyai erti yang sama sebagaimana dalam Bahagian 2 Jadual 2;’;
dengan memasukkan selepas takrif “buku” takrif yang berikut:
‘ “bursa derivatif” ertinya mana-mana pertubuhan perbadanan yang berhubungan dengannya suatu kelulusan di bawah subseksyen 8(2) sedang berkuat kuasa;’;
dengan memotong takrif “bursa niaga hadapan”;
dengan memasukkan selepas takrif “depositori pusat”
takrif yang berikut:
‘ “derivatif” ertinya mana-mana kontrak, sama ada bagi maksud mewujudkan suatu obligasi atau suatu hak atau mana-mana kombinasi kedua-duanya, yang nilai pasaran, penghantaran atau obligasi pembayarannya diperoleh daripada, merujuk kepada atau berdasarkan, tetapi tidak terhad kepada, sekuriti sandaran atau komoditi,
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
5
aset, kadar, indeks atau mana-mana kombinasinya, sama ada ia suatu derivatif terselaras ataupun derivatif melalui kaunter, tetapi tidak termasuk—
sekuriti;
mana-mana derivatif yang Bank Negara atau
Kerajaan Malaysia ialah suatu pihak;
mana-mana derivatif melalui kaunter yang harga pasaran, nilai, penghantaran atau obligasi pembayarannya semata-mata diperoleh daripada, merujuk kepada atau berdasarkan, kadar pertukaran mata wang; atau
mana-mana perjanjian, apabila dibuat, adalah dalam suatu kelas perjanjian yang ditetapkan sebagai bukan derivatif;
“derivatif melalui kaunter” ertinya derivatif selain daripada derivatif terselaras;
“derivatif terselaras” ertinya suatu derivatif, termasuk suatu kontrak niaga hadapan, yang didagangkan dalam bursa derivatif, yang sifat intrinsiknya ditentukan oleh bursa derivatif itu dan dagangannya dijelaskan dan diselesaikan oleh pusat penjelasan diluluskan;’;
dengan memotong takrif “hal keadaan yang berkaitan”;
dalam takrif “kaedah-kaedah”—
dengan memotong perkataan “dan” di hujung perenggan (e);
dengan memasukkan perkataan “dan” di hujung perenggan (f); dan
dengan memasukkan selepas perenggan (f) perenggan berikut:
“(g) repositori dagangan, ertinya memorandum persatuan dan perkara persatuan, atau kaedah-kaedah atau arahan, dengan apa jua nama disebut dan di mana-mana jua terkandung, yang mengawal keanggotaan, pengurusan, pengendalian atau tatacara sesuatu repositori dagangan;”;
Undang-Undang Malaysia 6
dengan memotong takrif “kedudukan panjang”;
dengan memotong takrif “kedudukan pendek”;
dengan menggantikan takrif “kontrak niaga hadapan”
dengan takrif yang berikut:
‘ “kontrak niaga hadapan” ertinya suatu derivatif yang didagangkan dalam bursa derivatif yang mewujudkan suatu obligasi penghantaran fizikal atau penerimaan penghantaran fizikal instrumen sandaran derivatif itu, dengan kuantiti dan kualitinya ditentukan oleh bursa derivatif itu, pada tarikh yang ditetapkan pada masa hadapan pada harga yang ditetapkan, dan yang boleh diselesaikan secara tunai sebagai ganti kepada penghantaran fizikal;’;
dengan memasukkan selepas takrif “kontrak niaga hadapan”
takrif yang berikut:
‘ “laporan derivatif” ertinya suatu analisis atau laporan yang mengandungi syor mengenai perniagaan dalam derivatif;’;
dengan memotong takrif “laporan niaga hadapan”;
dalam takrif “lesen”, dengan memotong perkataan “atau dibaharui”;
dalam takrif “Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal” dan
“Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal”, dengan memotong perkataan “atau dibaharui”;
dengan memotong takrif “masa yang berkaitan”;
dengan memotong takrif “opsyen dagangan bursa layak”;
dengan memotong takrif “opsyen niaga hadapan”;
dengan memasukkan selepas takrif “organisasi peserta”
takrif yang berikut:
‘ “pasaran derivatif” ertinya suatu pasaran atau tempat lain di mana, atau suatu kemudahan yang melaluinya, derivatif lazimnya didagangkan;
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
7
“pasaran derivatif terkecuali” ertinya pasaran derivatif yang diisytiharkan sebagai pasaran derivatif terkecuali di bawah perenggan 7(3)(a);
“pasaran modal” ertinya pasaran sekuriti dan pasaran derivatif;’;
dengan memotong takrif “pasaran niaga hadapan”;
dengan memotong takrif “pasaran niaga hadapan terkecuali”;
dengan memotong takrif “perjanjian hantar serah layak”;
dengan memotong takrif “perjanjian pelarasan”;
dengan memasukkan selepas takrif “premis” takrif yang berikut:
‘ “produk pasaran modal” ertinya mana-mana sekuriti, derivatif, unit dalam skim unit amanah, skim persaraan swasta dan mana-mana produk lain yang ditetapkan oleh Menteri sebagai suatu produk pasaran modal;’;
dengan memasukkan selepas takrif “rekod perakaunan”
takrif yang berikut:
‘ “repositori dagangan” ertinya suatu pertubuhan perbadanan yang diluluskan di bawah seksyen 107B yang mengumpulkan dan menyenggara maklumat atau rekod yang berkenaan dengan transaksi derivatif melalui kaunter atau kedudukan yang dimasuki oleh mana-mana orang, termasuklah mana-mana terma dan syarat berkenaan dengannya, untuk tujuan menyediakan kemudahan penyimpanan rekod berpusat bagi derivatif melalui kaunter;’;
dalam takrif “sekuriti”, dengan memotong perkataan “, tetapi tidak termasuk kontrak niaga hadapan”; dan
dalam takrif “unit”, dengan memasukkan selepas perkataan
“skim unit amanah” perkataan “, skim persaraan swasta”.
Undang-Undang Malaysia 8
s 4Pindaan seksyen 10
Seksyen 10 Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (1)(a)—
dengan memotong perkataan “dan” di hujung subperenggan (i);
dengan menggantikan subperenggan (ii) dengan subperenggan yang berikut:
“(ii) hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang ditentukan oleh Menteri yang tidak melebihi tempoh tiga tahun tetapi hendaklah layak untuk dilantik semula; dan”; dan
dengan memasukkan selepas subperenggan (ii)
subperenggan yang berikut:
“(iii) boleh pada bila-bila masa, dibatalkan pelantikannya oleh Menteri;”;
dalam perenggan (1)(b)—
dengan menggantikan perkataan “pelantikan atau pemilihan” dengan perkataan “pelantikan, pelantikan semula, pemilihan atau pemilihan semula”; dan
dengan menggantikan noktah dengan perkataan “;
dan”;
dengan memasukkan selepas perenggan (1)(b) perenggan yang berikut:
“(c) Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, mengubah bilangan pengarah berkepentingan awam yang dilantik di bawah perenggan (a).”;
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan
“pelantikan atau pemilihan” dengan perkataan “pelantikan, pelantikan semula, pemilihan atau pemilihan semula”; dan
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
dengan menggantikan subseksyen (5) dengan subseksyen yang berikut:
“(5) Bagi maksud seksyen ini, seorang pengarah termasuk seorang yang merupakan ketua eksekutif.”.
s 5Pindaan seksyen 26
Seksyen 26 Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Suruhanjaya boleh menyerahkan suatu notis bertulis kepada suatu syarikat pemegangan bursa, bursa saham, bursa derivatif, pusat penjelasan diluluskan, depositori pusat atau pertubuhan perbadanan yang berkaitan jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa—
percanggahan berlaku atau mungkin berlaku antara—
kepentingan suatu pertubuhan perbadanan yang telah diluluskan sebagai suatu syarikat pemegangan bursa, bursa saham, bursa derivatif, pusat penjelasan diluluskan, depositori pusat atau pertubuhan perbadanan yang berkaitan, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
kepentingan untuk pelaksanaan yang sepatutnya fungsi atau kewajipan yang diberikan oleh Akta ini atau mana-mana undang-undang lain, ke atas syarikat pemegangan bursa, bursa saham, bursa derivatif, pusat penjelasan diluluskan, depositori pusat atau pertubuhan perbadanan yang berkaitan, mengikut mana-mana yang berkenaan;
Undang-Undang Malaysia 10
percanggahan kepentingan seperti yang dinyatakan di bawah perenggan (a)
berkemungkinan berterusan atau berulang;
atau
ia adalah perlu atau suai manfaat untuk—
memastikan pasaran yang adil dan teratur;
perlindungan pelabur, atau demi kepentingan awam;
memastikan integriti pasaran modal;
atau
pentadbiran undang-undang sekuriti yang efektif.”;
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1A) Jika Suruhanjaya menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1), Suruhanjaya boleh menyatakan sebab untuk menyokong alasan bagi notis itu dan mengarahkan mana-mana orang yang disebut di bawah subseksyen (1) supaya serta-merta mengambil apa-apa tindakan yang dinyatakan di dalam notis itu, termasuk langkah-langkah yang berhubung dengan mana-mana hal ehwal, urus niaga atau hartanya.”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (5) subseksyen yang berikut:
“(6) Walau apa pun yang terkandung di bawah undang-undang sekuriti, jika Suruhanjaya fikirkan perlu atau suai manfaat bagi melindungi pelabur atau pentadbiran undang-undang sekuriti yang berkesan atau demi kepentingan awam, Suruhanjaya boleh menunaikan mana-mana kewajipan bursa saham atau bursa derivatif berkaitan dengan—
pengawasan pasaran modal dan peserta pasaran; atau
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
penguatkuasaan—
kaedah-kaedah bursa saham yang mengawal sebut harga sekuriti di pasaran saham bursa saham dan kehendak penyenaraian; atau
kaedah-kaedah mengawal pematuhan oleh organisasi peserta bursa saham atau gabungan bursa derivatif.
Jika Suruhanjaya menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (6), subseksyen 11(4) tidak terpakai setakat kuasa yang dijalankan oleh Suruhanjaya.
Jika Suruhanjaya menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (6), ia boleh mengenakan levi ke atas bursa saham atau bursa derivatif, suatu fi pengawalseliaan dengan suatu amaun sebagaimana yang boleh ditetapkan oleh Menteri.”.
s 6Pindaan seksyen 28
Seksyen 28 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1)—
dengan menggantikan perkataan “berpuas hati bahawa demi kepentingan awam, atau adalah sesuai untuk berbuat demikian bagi melindungi pelabur, atau untuk menyenggara suatu pasaran yang adil dan teratur” dengan perkataan “menjalankan kuasanya di bawah subperenggan 26(1)(c)(i) atau (ii)”;
dengan menggantikan perkataan “boleh memberikan notis bertulis kepada bursa saham, bursa niaga hadapan atau pusat penjelasan diluluskan, jika berkaitan, untuk—” dengan perkataan “hendaklah menyatakan di dalam notis itu, tindakan yang perlu diambil, termasuklah mana-mana yang berikut:”;
Undang-Undang Malaysia 12
dengan menggantikan koma di hujung perenggan
dengan noktah; dan
dengan memotong perkataan “mana-mana yang berkenaan.”;
dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Jika Suruhanjaya mengeluarkan suatu notis menurut subperenggan 26(1)(c)(i) atau (ii), Suruhanjaya hendaklah mengemukakan suatu laporan bertulis yang menyatakan sebab bagi pemberian notis itu kepada
Menteri.”; dan
dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan
“yang diberikan di bawah subseksyen (1)” dengan perkataan “dikeluarkan menurut subperenggan 26(1)(c)
atau (ii)”.
s 7Pindaan seksyen 60
Seksyen 60 Akta ibu dipinda—
pada nota bahu, dengan memotong perkataan “atau pembaharuan”;
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Suatu permohonan untuk pemberian lesen hendaklah dibuat kepada Suruhanjaya mengikut apa-apa bentuk dan cara sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Suruhanjaya.”;
dalam subseksyen (4)—
dengan memotong perkataan “atau pembaharuan”;
dan
dengan menggantikan perkataan “fi yang ditetapkan”
dengan perkataan “fi yang ditetapkan yang tidak boleh dibayar balik”;
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
dengan memotong subseksyen (5); dan
dalam subseksyen (6), dengan memotong perkataan “atau pembaharuan”.
s 8Pindaan seksyen 61
Seksyen 61 Akta ibu dipinda—
pada nota bahu, dengan memotong perkataan “atau pembaharuan”;
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Tertakluk kepada subseksyen (3), Suruhanjaya boleh memberikan suatu lesen.”;
dengan memotong subseksyen (2); dan
dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:
“(3) Dalam memberikan lesen, Suruhanjaya boleh—
menentukan dan memperihalkan aktiviti terkawal bagi lesen yang diberikan;
menentukan apa-apa syarat atau sekatan bagi lesen itu, yang difikirkan patut oleh
Suruhanjaya; atau
dalam hal Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran
Modal—
mengaitkan lesen itu kepada pemegang
Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menyokong permohonan lesen itu; dan
menyekat aktiviti terkawal lesen itu kepada aktiviti terkawal pemegang
Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menyokong permohonan lesen itu.”.
Undang-Undang Malaysia 14
s 9Penggantian seksyen 62
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 62 dengan seksyen yang berikut:
s 62“Kuasa Suruhanjaya untuk mengenakan syarat atau sekatan pada lesen
Tanpa menjejaskan seksyen 61, Suruhanjaya boleh pada bila-bila masa, jika ia fikirkan perlu, mengubah apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan atas pemberian sesuatu lesen atau mengenakan syarat atau sekatan tambahan pada suatu lesen semasa lesen itu berkuat kuasa.”.
s 10Pindaan seksyen 63
Seksyen 63 Akta ibu dipinda—
pada nota bahu, dengan menggantikan perkataan “Fi lesen”
dengan perkataan “Fi”;
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
“mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya” dengan perkataan “secara tahunan dan pada tarikh yang boleh ditentukan oleh Suruhanjaya”;
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1A) Jika orang berlesen tidak membayar fi yang ditetapkan pada tarikh fi itu perlu dibayar, Suruhanjaya boleh mengenakan fi bayar lewat dengan jumlah yang ditetapkan untuk setiap hari pembayaran itu lewat, dan fi itu boleh didapatkan kembali oleh Suruhanjaya sebagai suatu hutang kena dibayar kepada Suruhanjaya.”;
dan
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan
“fi lesen” dengan perkataan “fi”.
s 11Pindaan seksyen 64
Seksyen 64 Akta ibu dipinda—
pada nota bahu, dengan memotong perkataan “atau pembaharuan”;
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
dalam subseksyen (1)—
d e n g a n m e m o t o n g p e r k a t a a n “ a t a u pembaharuan”;
dalam perenggan (b), dengan memotong perkataan
“yang berhubungan dengan permohonan itu”;
dalam perenggan (c), dengan memasukkan selepas perkataan “mengelirukan” perkataan
“atau daripadanya terdapat ketinggalan yang material”;
dalam subperenggan (h)(ii), dengan memasukkan selepas perkataan “undang-undang sekuriti”
perkataan “atau mana-mana undang-undang di luar
Malaysia berkaitan dengan pasaran modal”;
dengan memasukkan selepas subperenggan (h)(ii)
subperenggan yang berikut:
“(iia) telah tertakluk kepada tindakan yang diambil oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 354, 355 atau 356;”;
dalam subperenggan (h)(iii), dengan memasukkan selepas perkataan “bertulis” perkataan “sama ada di dalam atau di luar Malaysia”; dan
dalam perenggan (n), dengan memotong perkataan
“atau membaharui”; dan
dengan memotong subseksyen (2) dan (3).
s 12Pindaan seksyen 65
Seksyen 65 Akta ibu dipinda—
pada nota bahu, dengan memotong perkataan “atau pembaharuan”;
dalam subseksyen (1)—
d e n g a n m e m o t o n g p e r k a t a a n “ a t a u pembaharuan”;
Undang-Undang Malaysia 16
dalam perenggan (b), dengan memotong perkataan
“yang berhubungan dengan permohonan itu”;
dalam perenggan (c), dengan memasukkan selepas perkataan “mengelirukan” perkataan
“atau daripadanya terdapat ketinggalan yang material”;
dalam subperenggan (g)(ii), dengan memasukkan selepas perkataan “undang-undang sekuriti”
perkataan “atau mana-mana undang-undang di luar Malaysia berkaitan dengan pasaran modal”;
dengan memasukkan selepas subperenggan (g)(ii)
subperenggan yang berikut:
“(iia) tertakluk kepada tindakan yang diambil oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 354,
355 atau 356;”;
dalam subperenggan (g)(iii), dengan memasukkan selepas perkataan “bertulis” perkataan “sama ada di dalam atau di luar Malaysia”; dan
dalam perenggan (m), dengan memotong perkataan
“atau membaharui”; dan
dengan memotong subseksyen (2) dan (3).
s 13Penggantian seksyen 66
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 66 dengan seksyen yang berikut:
s 66“Kuasa Suruhanjaya untuk menyiasat transaksi berkenaan dengan sekuriti dan derivatif
Suruhanjaya boleh menyiasat mana-mana transaksi yang melibatkan pembelian atau penjualan sekuriti atau derivatif yang dibuat atau menyebabkan supaya dibuat oleh—
seorang pemohon untuk pemberian lesen, pengarah, ketua eksekutif, pengurus atau pengawalnya, sama ada secara langsung atau tidak langsung, semasa mana-mana tempoh dua belas bulan sebelum permohonan bagi pemberian lesen itu; atau
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
orang berlesen, pengarah, ketua eksekutif, pengurus atau pengawalnya, sama ada secara langsung atau tidak langsung, pada bila-bila masa, untuk menentukan jika orang itu telah dalam transaksi itu menggunakan muslihat atau amalan perdagangan yang curang, tidak saksama atau tidak beretika, sama ada muslihat atau amalan perdagangan itu menjadi suatu kesalahan di bawah
Akta ini atau selainnya.
Orang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah mengemukakan maklumat terperinci mengenai apa-apa transaksi yang melibatkan pembelian atau penjualan sekuriti atau derivatif bagi tempoh itu kepada Suruhanjaya, dalam apa-apa bentuk dan cara, dan dalam masa, sebagaimana yang boleh dinyatakan oleh Suruhanjaya melalui notis secara bertulis.
Sebagai tambahan kepada mana-mana penalti lain yang boleh dikenakan di bawah Akta ini, seseorang yang tidak atau enggan mengemukakan maklumat kepada Suruhanjaya dalam masa yang dinyatakan dalam notis yang disebut dalam subseksyen (2) atau yang memberikan maklumat yang palsu atau mengelirukan atau maklumat itu mengandungi suatu ketinggalan yang material, boleh menyebabkan permohonannya untuk pemberian suatu lesen ditolak atau lesennya dibatalkan di bawah seksyen 72.”.
s 14Pemotongan seksyen 68
Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 68.
s 15Pindaan seksyen 69
Seksyen 69 Akta ibu dipinda—
pada nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan
“pengubahan” perkataan “atau pemindahan”;
dalam subseksyen (1)—
dengan memotong perkataan “atau” di hujung perenggan (a);
Undang-Undang Malaysia 18
dengan menggantikan noktah di hujung perenggan
dengan perkataan “; atau”; dan
dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut:
“(c) seorang pemegang Lesen Perkhidmatan
Pasaran Modal, memindahkan lesennya kepada mana-mana orang lain, selepas pemegang itu mendapat suatu perintah mahkamah di bawah subseksyen 139(3).”;
dan
dalam subperenggan (4)(b), dengan memasukkan selepas perkataan “65(1)” perkataan “atau atas mana-mana alasan lain sebagaimana yang boleh ditentukan oleh
Suruhanjaya”.
s 16Pindaan seksyen 70
Subseksyen 70(1) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan
“atau dibaharui” dan “atau pembaharuan”.
s 17Pindaan seksyen 71
Seksyen 71 Akta ibu dipinda—
dengan memotong perkataan “, pembaharuan” pada nota bahu dan di mana-mana jua ia terdapat; dan
dengan menggantikan perkataan “boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya” dengan perkataan “hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan boleh juga didenda tidak melebihi satu juta ringgit”.
s 18Pindaan seksyen 72
Seksyen 72 Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (2)(a)—
dengan memotong perkataan “atau” di hujung subperenggan (iii);
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
dengan menggantikan noktah bertindih di hujung subperenggan (iv) dengan perkataan “; atau”;
dengan memotong proviso; dan
dengan memasukkan selepas subperenggan (iv)
subperenggan yang berikut:
“(v) pemegang tidak membayar apa-apa fi sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 63; atau”;
dalam perenggan (2)(b)—
dengan memotong subperenggan (iii);
dengan menggantikan noktah di hujung subperenggan (iv) dengan perkataan “; atau”;
dan
dengan memasukkan selepas subperenggan (iv)
subperenggan yang berikut:
“(v) pemegang tidak membayar apa-apa fi sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 63.”;
dalam subseksyen (3)—
dengan menggantikan noktah bertindih di hujung perenggan (b) dengan noktah; dan
dengan memotong proviso;
dengan memotong subseksyen (7);
dengan memasukkan selepas subseksyen (8) subseksyen yang berikut:
“(8A) Jika Suruhanjaya telah membatalkan atau menggantung suatu Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal, wakil pemegang lesen itu hendaklah terhenti menjadi seorang pemegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran
Modal untuk pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran
Modal itu.
Undang-Undang Malaysia 20
Seorang pemegang Lesen Wakil Perkhidmatan
Pasaran Modal yang terhenti memegang lesen di bawah subseksyen (8A) boleh mengemukakan permohonan di bawah perenggan 69(1)(b) untuk mengubah lesennya.”; dan
dalam perenggan (10)(a), dengan memasukkan selepas perkataan “dibatalkan” perkataan “atau telah terhenti”.
s 19Pindaan seksyen 73
Seksyen 73 Akta ibu dipinda—
pada nota bahu, dengan menggantikan perkataan “habis tempoh” dengan perkataan “pemberhentian”;
dalam subseksyen (1)—
dengan menggantikan perkataan “habis tempoh”
di mana–mana jua terdapat, dengan perkataan
“pemberhentian”; dan
dengan memasukkan selepas perkataan “sekatan ke atas suatu lesen” perkataan “di bawah seksyen 72”; dan
dalam subseksyen (2)—
dengan memotong perkataan “atau telah habis tempoh”;
dengan memasukkan selepas koma bernoktah di hujung perenggan (a) perkataan “atau”;
dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan
“; atau” dengan koma; dan
dengan memotong perenggan (c).
s 20Pindaan seksyen 74
Subseksyen 74(1) Akta ibu dipinda—
dengan memasukkan perkataan “atau” selepas koma bernoktah di hujung perenggan (a);
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
dengan menggantikan perenggan (b) dengan perenggan yang berikut:
“(b) subseksyen 72(2),”; dan
dengan memotong perenggan (c).
s 21Pindaan seksyen 75
Seksyen 75 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
“(j) atau (k)” dengan perkataan “(j), (k) atau (l)”;
dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Seseorang tidak boleh dilantik sebagai ketua eksekutif bagi pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran
Modal tanpa kelulusan Suruhanjaya.”;
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(2A) Bagi maksud subseksyen (2), dalam meluluskan pelantikan ketua eksekutif, Suruhanjaya boleh juga mengambil kira sama ada—
mana-mana alasan yang dinyatakan dalam perenggan 65(1)(d), (e), (f), (g), (i), (j),
atau (l) akan menghalangnya daripada memegang jawatan itu; atau
ia bertentangan dengan kepentingan awam untuk meluluskan pelantikan itu.”;
dalam subseksyen (3), dengan memotong perkataan “atau ketua eksekutif”;
dalam subseksyen (4)—
dengan memotong perkataan “atau ketua eksekutif”;
Undang-Undang Malaysia 22
dengan menggantikan perkataan “subseksyen (3) dan”
dengan perkataan “subseksyen (3) atau seorang ketua eksekutif dilantik di bawah subseksyen (2)”;
dan
dengan memasukkan selepas perkataan “subseksyen
” perkataan “atau (2A)”;
dalam subseksyen (5), dengan memasukkan selepas perkataan “subseksyen (1)” perkataan “atau (2A)”;
dengan menggantikan subseksyen (6) dengan subseksyen yang berikut:
“(6) Seseorang hendaklah hilang kelayakan daripada memegang jawatan pengarah atau ketua eksekutif bagi pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal, jika—
mana-mana alasan yang dinyatakan dalam perenggan 65(1)(d), (e), (f), (g), (i), (j), (k)
atau (l) terpakai; atau
ia bertentangan dengan kepentingan awam bagi orang itu untuk terus memegang jawatan pengarah atau ketua eksekutif bagi pemegang
Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal.”;
dengan menggantikan subseksyen (8) dengan subseksyen yang berikut:
“(8) Walau apa pun yang terkandung dalam seksyen ini, Suruhanjaya boleh mengarahkan pemegang Lesen
Perkhidmatan Pasaran Modal untuk memecat pengarah atau ketua eksekutif itu dalam tempoh yang ditetapkan dalam arahan itu, jika—
mana-mana alasan yang dinyatakan dalam perenggan 65(1)(d), (e), (f), (g), (i), (j), (k)
atau (l) terpakai; atau
ia bertentangan dengan kepentingan awam bagi orang itu untuk terus memegang jawatan pengarah atau ketua eksekutif bagi pemegang
Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal.”; dan
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
dalam subseksyen (11), dengan memasukkan selepas perkataan “atau” perkataan “tidak mematuhi”.
s 22Pindaan seksyen 76
Seksyen 76 Akta ibu dipinda—
dalam subperenggan (6)(c)(i), dengan memasukkan selepas perkataan “92,” perkataan “92A,”; dan
dalam subperenggan (6)(c)(iv), dengan memasukkan selepas perkataan “92,” perkataan “92A,”.
s 23Pindaan seksyen 78
Perenggan 78(1)(a) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “urusan yang dimaksudkan oleh lesen itu” dengan perkataan
“semua atau mana-mana aktiviti terkawal yang dimaksudkan oleh lesen itu”.
s 24Penggantian seksyen 80
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 80 dengan seksyen yang berikut:
Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan
Suruhanjaya di bawah Penggal ini kecuali bagi pembatalan suatu Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal untuk berniaga dalam sekuriti atau berniaga dalam derivatif, boleh dalam masa empat belas hari selepas orang itu telah diberitahu mengenai keputusan itu, merayu secara bertulis kepada Suruhanjaya untuk mengkaji semula keputusannya.
Pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal untuk berniaga dalam sekuriti atau berniaga dalam derivatif yang lesennya dibatalkan oleh Suruhanjaya boleh dalam masa
Undang-Undang Malaysia 24
empat belas hari selepas orang itu telah diberitahu mengenai keputusan itu, merayu kepada Menteri dan keputusan Menteri adalah muktamad.
Apabila suatu rayuan dibuat kepada Suruhanjaya atau kepada Menteri di bawah seksyen ini, keputusan
Suruhanjaya itu tidak boleh berkuat kuasa sehingga rayuan itu diselesaikan.
Walau apa pun yang terkandung dalam subseksyen (3), dalam pemberitahuan di bawah subseksyen (1), Suruhanjaya boleh menyatakan bahawa keputusan Suruhanjaya hendaklah berkuat kuasa serta-merta pada tarikh pemberitahuan itu dikeluarkan atau pada mana-mana tarikh lain yang ditentukan oleh Suruhanjaya, jika Suruhanjaya berpendapat bahawa ia perlu untuk kepentingan pelabur atau kepentingan awam.”.
s 25Pindaan seksyen 92
Seksyen 92 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan
“tidak melakukan” dengan perkataan “melakukan”;
dalam subseksyen (5)—
dengan menggantikan perkataan “boleh dijangkakan telah” dengan perkataan “akan”;
dengan memotong perkataan “, mengikut mana-mana yang berkenaan,”; dan
dengan menggantikan perkataan “seksyen” dengan perkataan “subseksyen”; dan
dalam subseksyen (6)—
dengan memotong perkataan “, semasa membuat syor itu,”; dan
dengan memasukkan selepas perkataan “keperluan tertentu klien itu” perkataan “semasa orang berlesen itu membuat syor itu”.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
s 26Seksyen baru 92A
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 92
seksyen yang berikut:
Division 1
Penggal 1
Division 2
Penggal 2
Division 3
Penggal 3
Division 4