18. Pindaan seksyen 72
Feedback & supportSeksyen 72 Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (2)(a)—
dengan memotong perkataan “atau” di hujung subperenggan (iii);
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
dengan menggantikan noktah bertindih di hujung subperenggan (iv) dengan perkataan “; atau”;
dengan memotong proviso; dan
dengan memasukkan selepas subperenggan (iv)
subperenggan yang berikut:
“(v) pemegang tidak membayar apa-apa fi sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 63; atau”;
dalam perenggan (2)(b)—
dengan memotong subperenggan (iii);
dengan menggantikan noktah di hujung subperenggan (iv) dengan perkataan “; atau”;
dan
dengan memasukkan selepas subperenggan (iv)
subperenggan yang berikut:
“(v) pemegang tidak membayar apa-apa fi sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 63.”;
dalam subseksyen (3)—
dengan menggantikan noktah bertindih di hujung perenggan (b) dengan noktah; dan
dengan memotong proviso;
dengan memotong subseksyen (7);
dengan memasukkan selepas subseksyen (8) subseksyen yang berikut:
“(8A) Jika Suruhanjaya telah membatalkan atau menggantung suatu Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal, wakil pemegang lesen itu hendaklah terhenti menjadi seorang pemegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran
Modal untuk pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran
Modal itu.
Undang-Undang Malaysia 20
Seorang pemegang Lesen Wakil Perkhidmatan
Pasaran Modal yang terhenti memegang lesen di bawah subseksyen (8A) boleh mengemukakan permohonan di bawah perenggan 69(1)(b) untuk mengubah lesennya.”; dan
dalam perenggan (10)(a), dengan memasukkan selepas perkataan “dibatalkan” perkataan “atau telah terhenti”.