24. Penggantian seksyen 80
Feedback & supportAkta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 80 dengan seksyen yang berikut:
s 80“Rayuan
Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan
Suruhanjaya di bawah Penggal ini kecuali bagi pembatalan suatu Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal untuk berniaga dalam sekuriti atau berniaga dalam derivatif, boleh dalam masa empat belas hari selepas orang itu telah diberitahu mengenai keputusan itu, merayu secara bertulis kepada Suruhanjaya untuk mengkaji semula keputusannya.
Pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal untuk berniaga dalam sekuriti atau berniaga dalam derivatif yang lesennya dibatalkan oleh Suruhanjaya boleh dalam masa
Undang-Undang Malaysia 24
empat belas hari selepas orang itu telah diberitahu mengenai keputusan itu, merayu kepada Menteri dan keputusan Menteri adalah muktamad.
Apabila suatu rayuan dibuat kepada Suruhanjaya atau kepada Menteri di bawah seksyen ini, keputusan
Suruhanjaya itu tidak boleh berkuat kuasa sehingga rayuan itu diselesaikan.
Walau apa pun yang terkandung dalam subseksyen (3), dalam pemberitahuan di bawah subseksyen (1), Suruhanjaya boleh menyatakan bahawa keputusan Suruhanjaya hendaklah berkuat kuasa serta-merta pada tarikh pemberitahuan itu dikeluarkan atau pada mana-mana tarikh lain yang ditentukan oleh Suruhanjaya, jika Suruhanjaya berpendapat bahawa ia perlu untuk kepentingan pelabur atau kepentingan awam.”.