In forceAs enactedCurrent version · As enacted
17. Pindaan seksyen 71
Feedback & supportSeksyen 71 Akta ibu dipinda—
(a)
dengan memotong perkataan “, pembaharuan” pada nota bahu dan di mana-mana jua ia terdapat; dan
(b)
dengan menggantikan perkataan “boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya” dengan perkataan “hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan boleh juga didenda tidak melebihi satu juta ringgit”.