12. Pindaan seksyen 65
Feedback & supportSeksyen 65 Akta ibu dipinda—
pada nota bahu, dengan memotong perkataan “atau pembaharuan”;
dalam subseksyen (1)—
d e n g a n m e m o t o n g p e r k a t a a n “ a t a u pembaharuan”;
Undang-Undang Malaysia 16
dalam perenggan (b), dengan memotong perkataan
“yang berhubungan dengan permohonan itu”;
dalam perenggan (c), dengan memasukkan selepas perkataan “mengelirukan” perkataan
“atau daripadanya terdapat ketinggalan yang material”;
dalam subperenggan (g)(ii), dengan memasukkan selepas perkataan “undang-undang sekuriti”
perkataan “atau mana-mana undang-undang di luar Malaysia berkaitan dengan pasaran modal”;
dengan memasukkan selepas subperenggan (g)(ii)
subperenggan yang berikut:
“(iia) tertakluk kepada tindakan yang diambil oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 354,
355 atau 356;”;
dalam subperenggan (g)(iii), dengan memasukkan selepas perkataan “bertulis” perkataan “sama ada di dalam atau di luar Malaysia”; dan
dalam perenggan (m), dengan memotong perkataan
“atau membaharui”; dan
dengan memotong subseksyen (2) dan (3).