Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2011 · As enacted · Division 1 · Penggal 1
139A. Tafsiran
Feedback & supportDalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“anggota” ertinya seseorang individu yang mempunyai suatu kepentingan benefisial di bawah suatu skim persaraan swasta atau suatu skim persaraan tajaan majikan;
“caruman” ertinya suatu jumlah yang dibayar oleh seseorang pencarum berhubung dengan suatu skim persaraan swasta;
“faedah terakru” ertinya jumlah kepentingan benefisial bagi anggota dalam suatu skim persaraan swasta;
“kaedah-kaedah” ertinya memorandum persatuan, perkara persatuan atau mana-mana kaedah-kaedah atau arahan lain dengan apa jua nama yang disebut dan di mana-mana jua terkandung, yang mentadbir pengendalian, pengurusan atau tatacara, atau perkhidmatan yang diberikan oleh, seseorang pentadbir skim persaraan swasta;
“pegawai prinsipal” ertinya seseorang pengarah, ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi atau ketua pematuhan bagi penyedia skim persaraan swasta;
Undang-Undang Malaysia 48
“pemegang amanah majikan” ertinya seseorang pemegang amanah bagi suatu skim persaraan tajaan majikan;
“pemegang amanah skim” ertinya seseorang pemegang amanah bagi suatu skim persaraan swasta;
“pencarum” ertinya mana-mana orang yang membuat caruman ke dalam suatu skim persaraan swasta dan termasuklah seseorang anggota atau majikan yang membuat caruman ke dalam suatu skim persaraan swasta bagi pihak pekerjanya;
“pentadbir skim persaraan swasta” ertinya seseorang yang diluluskan di bawah seksyen 139C untuk melaksanakan fungsi penyimpanan rekod, pentadbiran dan perkhidmatan pelanggan bagi anggota dan pencarum berhubung dengan caruman yang dibuat berkenaan dengan suatu skim persaraan swasta dan apa-apa kewajipan dan fungsi lain sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Suruhanjaya;
“penyedia skim persaraan swasta” ertinya seseorang yang menyediakan dan menguruskan suatu skim persaraan swasta;
“pihak berkuasa menyelia” ertinya mana-mana pihak berkuasa, badan atau agensi sama ada di dalam atau di luar
Malaysia, selain Suruhanjaya, yang bertanggungjawab bagi penyeliaan atau pengawasan mana-mana orang yang disebut di dalam seksyen 139ZM;
“skim persaraan swasta” ertinya suatu skim persaraan yang ditadbir oleh suatu amanah, ditawarkan kepada atau disediakan untuk orang awam semata-mata dengan tujuan, atau bagi memberikan kesan, untuk membina simpanan jangka panjang bagi persaraan anggota dengan jumlah faedah ditentukan semata-mata dengan rujukan kepada caruman yang dibuat kepada skim itu dan mana-mana pendapatan, keuntungan dan kerugian yang diisytiharkan berhubung dengan caruman itu tetapi tidak termasuk—
mana-mana kumpulan wang pencen yang diluluskan di bawah seksyen 150 Akta Cukai Pendapatan 1967; atau
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
mana-mana skim persaraan atau kumpulan wang persaraan yang ditubuhkan atau disediakan oleh
Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau mana-mana badan berkanun yang ditubuhkan oleh suatu
Akta Parlimen atau suatu undang-undang Negeri;
“skim persaraan tajaan majikan” ertinya suatu skim persaraan yang ditubuhkan oleh suatu perbadanan bagi maksud, atau yang mempunyai kesan menyediakan faedah persaraan kepada pekerja perbadanan itu atau bagi perbadanan berkaitannya;
“terma rujukan” ertinya suatu set terma yang mentakrifkan skop, pemakaian, pengendalian dan tatacara seseorang pentadbir skim persaraan swasta.