Seksyen 10
Pembayaran caj ditetapkan
Sebaik sahaja kenderaan motor diletakkan di petak letak kereta di tempat letak kereta bertiket, pembantu letak kereta hendaklah mengeluarkan suatu tiket letak kereta dan meletakkan tiket itu pada cermin hadapan atau mana-mana bahagian kenderaan motor yang mudah dilihat dan pemandu atau pemunya kenderaan motor itu hendaklah membayar caj ditetapkan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh tiket itu dikeluarkan.
(2)
Jika kenderaan motor yang baginya tiket letak kereta telah dikeluarkan masih berada di tempat letak kereta selepas tamat tempoh sejam dari masa tiket letak kereta dikeluarkan maka pembantu letak kereta hendaklah mengeluarkan tiket letak kereta yang baru dan hendaklah terus berbuat demikian pada akhir tiap-tiap jam.