Seksyen 41
Seksyen 41
Majlis boleh menentukan mana-mana tanah, bangunan, jalan atau bahagian jalan yang difikirkan sesuai sebagai tempat letak kereta sementara selain daripada kawasan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan Majlis boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkan sesuai.
Dengan syarat bahawa sesuatu tempat letak kereta sementara berkenaan hendaklah tidak melebihi tempoh enam bulan dan hendaklah terhenti berkuat kuasa apabila tamat tempoh enam bulan tersebut.
(2)
Bagi maksud subperenggan (1), suatu notis yang sesuai hendaklah dipamerkan di tempat yang ketara tidak kurang daripada tujuh hari sebelum mana-mana tanah, bangunan, jalan atau bahagian jalan diluluskan oleh Majlis sebagai tempat letak kereta sementara.
(3)
Jika Majlis berhasrat untuk melanjutkan tempoh tempat letak kereta sementara, suatu notis yang sesuai hendaklah dipamerkan di tempat yang ketara tidak kurang daripada tujuh hari sebelum tamat tempoh tempat letak kereta sementara tersebut.