Seksyen 14
State Subsidiary LegislationIn forceProvision 13 of 62
Seksyen 14
(1)
Majlis boleh menentukan sesuatu petak letak kereta sebagai petak letak kereta musim dan petak letak kereta tersebut akan ditanda dengan apa-apa notis yang ditetapkan oleh Majlis.
(2)
Tiada mana-mana orang boleh meletakkan atau menyebabkan atau membenarkan diletak mana-mana kenderaan motor di tempat atau petak letak kereta bermusim tanpa tiket letak kereta bermusim atau terus meletakkan atau menyebabkan atau membenarkan terus diletakkan mana-mana kenderaan motor setelah tamat tempoh selama mana kenderaan motor itu dibenarkan diletak.
(3)
Mana-mana orang yang melanggar subperenggan (2) adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Perintah ini.