Seksyen 15
Permohonan tempat letak kereta bermusim
Tiap-tiap permohonan bagi tempat letak kereta musim hendaklah dibuat secara bertulis kepada Yang Dipertua.
548
[10hb Mei 2012
(2)
Suatu tiket letak kereta bermusim boleh diperolehi setelah permohonan diluluskan oleh Yang Dipertua dan dibayar caj ditetapkan dalam Jadual Kedua dan hendaklah tertakluk kepada apa-apa syarat yang boleh dikenakan oleh Majlis.
(3)
Suatu tiket letak kereta bermusim boleh dibatalkan oleh Yang Dipertua pada bila-bila masa tanpa memberi apa-apa sebab selepas diberi notis tujuh hari kepada pemohon.
(4)
Tiada apa-apa bayaran balik akan dibuat oleh Majlis berhubung dengan pembatalan yang dibuat di bawah subperenggan (3).