Seksyen 2
Tafsiran
Dalam Perintah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain –
“bulan” termasuklah sebahagian daripada satu bulan;
“caj ditetapkan” ertinya caj yang ditetapkan dalam Jadual Kedua bagi pembayaran caj letak kereta berkenaan dengan kenderaan motor yang diletak di petak letak kereta atau di tempat letak kereta;
“jalan” ertinya mana-mana jalan awam dan mana-mana jalan lain yang mana orang awam mempunyai akses dan termasuklah hentian sebelah, jalan bertingkat, bulatan, pulau lalu lintas, pembahagi jalan, lorong belakang, berbendul jalan, jalan sisian, bahu jalan, jalan ubin, siar kaki atau jalan lalu sama ada boleh dilalui terus atau tidak dan semua saluran, parit dan longkang di tepi mana-mana jalan;
“jam” termasuklah sebahagian daripada satu jam;
542
[10hb Mei 2012
“kad meter” ertinya suatu kad yang dikeluarkan oleh Majlis atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Majlis kepada mana-mana orang yang membenarkan orang itu meletakkan kenderaan motor di mana-mana tempat letak kereta sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis;
“kenderaan” ertinya suatu struktur yang boleh bergerak atau digerakkan atau digunakan bagi membawa mana-mana orang atau benda yang bersentuhan dengan permukaan bumi apabila bergerak;
“kenderaan motor” ertinya kenderaan daripada apa-apa perihal yang didorongi oleh sesuatu mekanisme yang terkandung di dalam badan kenderaan itu dan dibina atau disesuaikan supaya dapat digunakan di atas jalan tetapi tidak termasuk mana-mana motorsikal atau motor skuter beroda dua;
“kupon letak kereta” ertinya kupon yang dikeluarkan oleh Majlis apabila bayaran dibuat yang padanya dinyatakan caj yang ditetapkan, tempoh masa dan tarikh kenderaan motor dibenarkan diletak di mana-mana tempat letak kereta, kecuali di tempat letak kereta bermusim atau tempat letak kereta terkawal bagi sesuatu tempoh masa pada tarikh tersebut;
“Majlis” ertinya Majlis Perbandaran Kemaman;
“meletak kereta” ertinya membawa satu kenderaan motor kepada keadaan yang tidak bergerak dan menyebabkannya menunggu bagi apa-apa maksud selain daripada mengambil atau menurunkan dengan serta-merta orang, barangan atau bagasi;
“meter letak kereta” ertinya suatu radas yang dibina dan direka bentuk untuk menerima pembayaran dengan memasukkan wang atau dengan menggunakan kad-kad tertentu kerana menggunakan suatu petak letak kereta dalam sesuatu tempat letak kereta bagi maksud meletakkan suatu kenderaan motor dan hendaklah termasuk jenis meter letak kereta pelbagai petak, tiang besi, penyangga atau apa-apa topangan lain;
“meter letak kereta bayar dan peraga” ertinya meter letak kereta yang apabila dimasukkan wang atau kad meter ke dalam meter letak kereta dan dengan menekan atau memusing atau memetik mana-mana alat yang ditunjukkan pada meter itu, akan mengeluarkan suatu tiket letak kereta bayar dan peraga;
“meter letak kereta jenis automatik” ertinya meter letak kereta yang berfungsi dengan memasukkan wang atau kad meter ke dalam meter letak kereta dan yang kemudiannya mekanisme di dalam meter letak kereta secara automatik akan menunjukkan tempoh masa kenderaan motor dibenarkan diletak mengikut nilai wang yang dimasukkan;
10hb Mei 2012]
543
“meter letak kereta jenis manual” ertinya meter letak kereta yang berfungsi dengan memasukkan wang ke dalam meter letak kereta dan dengan memutarkan tombol atau menekan atau memetik mana-mana alat lain yang perlu diperlakukan sedemikian bagi membolehkan wang diterima oleh meter tersebut yang akan menunjukkan tempoh masa kenderaan motor itu dibenarkan diletak mengikut nilai wang yang dimasukkan;
“orang kurang upaya” mempunyai makna yang sama sebagaimana yang diberikan di bawah Akta Orang Kurang Upaya 2008 [Akta 685];
“pembantu letak kereta” ertinya mana-mana orang yang dilantik oleh Majlis bagi maksud Perintah ini dan termasuklah mana-mana anggota unit penguatkuasaan
Majlis atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh atau bagi pihak Majlis untuk menyelia, mengurus atau menjaga mana-mana tempat letak kereta atau memungut caj ditetapkan;
“pemunya” mempunyai makna yang sama sebagaimana yang diberikan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333];
”pemunya berdaftar” ertinya orang yang didaftarkan sebagai pemunya kenderaan motor di bawah perenggan 11(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333];
“petak letak kereta” ertinya suatu petak yang ditandakan sewajarnya dengan garisan bercat, tatahan, tanda atau tanda-tanda lain di tempat letak kereta bagi meletak satu kenderaan motor;
“tempat letak kereta” ertinya tempat yang ditetapkan oleh Majlis sebagai tempat di mana kenderaan motor atau mana-mana kelas atau perihalan kenderaan motor yang dinyatakan diletak;
“tempat letak kereta bayar dan peraga” ertinya suatu tempat letak kereta di mana meter letak kereta bayar dan peraga digunakan;
“tempat letak kereta bermeter” ertinya tempat letak kereta di mana meter letak kereta jenis manual atau meter letak kereta jenis automatik digunakan;
“tempat letak kereta bermusim” ertinya tempat letak kereta yang bayarannya adalah berdasarkan caj bulanan sepertimana yang ditetapkan dalam Jadual Kedua dan petak letak kereta ditandakan dengan suatu tanda sebagaimana yang ditetapkan oleh Yang Dipertua dari semasa ke semasa;
“tempat letak kereta bertiket” ertinya tempat letak kereta di mana caj yang dikenakan adalah mengikut kiraan jam sepertimana yang ditetapkan di dalam Jadual
Kedua dan untuk setiap jam kenderaan motor diletakkan di tempat letak kereta bertiket, suatu tiket letak kereta akan dikeluarkan oleh pembantu letak kereta;
544
[10hb Mei 2012
“tempat letak kereta sementara” ertinya suatu tempat letak kereta bagi suatu tempoh yang terhad yang bayarannya adalah mengikut caj ditetapkan di dalam Jadual
Kedua dan petak letak kereta akan ditanda dengan suatu tanda yang ditetapkan oleh
Yang Dipertua;
“tempat letak kereta terkawal” ertinya tempat letak kereta bagi kenderaan motor di mana apabila sesebuah kenderaan motor dipandu masuk ke tempat letak kereta, tiket akan dikeluarkan oleh pembantu letak kereta atau mesin tiket automatik di kaunter masuk yang di atasnya akan dicatatkan tarikh dan waktu masuk dan bayaran hendaklah dijelaskan di kaunter keluar kepada pembantu letak kereta yang bertugas atau mesin tiket automatik mengikut kadar caj ditetapkan;
“tempoh letak kereta” ertinya tempoh masa yang ditunjukkan oleh meter letak kereta sebaik sahaja dimasukkan wang ke dalam meter letak kereta atau masa yang ditunjukkan oleh resit pembayaran yang diperolehi setelah menjelaskan caj ditetapkan bagi tempoh letak kereta;
“tiket letak kereta” ertinya tiket yang dikeluarkan oleh pembantu letak kereta menunjukkan nombor pendaftaran kenderaan motor, caj yang ditetapkan, tarikh serta tempoh sesebuah kenderaan motor dibenarkan diletak; dan berhubung dengan tempat letak kereta terkawal, ertinya tiket yang dikeluarkan sama ada oleh pembantu letak kereta atau mesin tiket jenis automatik dan tempoh meletak kereta adalah dikira daripadanya;
“tiket letak kereta bayar dan peraga” ertinya tiket yang dikeluarkan oleh meter letak kereta bayar dan peraga yang di atasnya tercatat tarikh, tempat dan tempoh sesebuah kenderaan motor dibenarkan untuk diletak di tempat letak kereta bayar dan peraga;
“tiket letak kereta bermusim” ertinya tiket yang dikeluarkan oleh Majlis yang padanya dinyatakan nombor petak letak kereta, nombor pendaftaran kenderaan motor dan tempoh sah bagi meletak kenderaan motor di tempat letak kereta bermusim;
“tiket letak kereta bulanan” ertinya tiket yang dikeluarkan secara bulanan oleh
Majlis yang menunjukkan nombor pendaftaran kenderaan motor, tempoh sah letak kereta dan caj yang ditetapkan sepertimana Jadual Kedua bagi meletak kenderaan motor dan sah digunakan di semua jenis tempat letak kereta yang disediakan oleh
Majlis kecuali tempat letak kereta bermusim;
“wang” ertinya syiling atau apa-apa kertas yang mempunyai nilai mata wang
Malaysia; dan
“Yang Dipertua” ertinya Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman dan termasuklah Timbalan Yang Dipertua.
10hb Mei 2012]
545