Skip to content

Seksyen 35

Syarat untuk meletak kenderaan motor

of Perintah Pengangkutan jalan (Peruntukan Mengenai Tempat Letak Kereta) (Majlis Perbandaran Kemaman) 2012

State Subsidiary LegislationIn forceProvision 34 of 62
Seksyen 35
(1)

Mana-mana orang yang meletakkan kenderaan motor di tempat letak kereta terkawal hendaklah mendapatkan tiket letak kereta yang dikeluarkan oleh pembantu letak kereta atau mesin tiket jenis automatik di pintu masuk tempat letak kereta itu dan padanya dinyatakan tarikh serta waktu masuk ke tempat letak kereta berkenaan.

554

[10hb Mei 2012

(2)

Setelah menerima tiket letak kereta, pemandu atau pemunya kenderaan motor hendaklah menyimpan tiket itu untuk diserahkan kembali kepada pembantu letak kereta di pintu keluar atau mesin tiket jenis automatik dan dia hendaklah membayar caj ditetapkan untuk tempoh masa kenderaan motor tersebut diletakkan di petak kereta di tempat letak kereta terkawal.