Seksyen 5
Seksyen 5
Mana-mana orang yang meletakkan kenderaan motor di tempat letak kereta hendaklah mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan oleh Majlis berhubung dengan penggunaan tempat letak kereta itu.
Cara meletakkan kenderaan motor 6.
(1)
Mana-mana orang yang meletakkan kenderaan motornya di petak letak kereta hendaklah meletakkan kenderaan motor itu mengikut cara yang berikut:
(a)
kenderaan motor itu hendaklah diletakkan dalam kedudukan yang keseluruhannya berada di dalam petak letak kereta itu; dan
(b)
kenderaan motor itu hendaklah diletakkan mengikut arah lalu lintas dan mematuhi semua isyarat lalu lintas yang ditunjukkan di tempat letak kereta itu.
(2)
Jika mana-mana kenderaan motor yang diletakkan di petak letak kereta melanggar subperenggan (1), mana-mana pembantu letak kereta atau mana-mana pegawai polis boleh mengalih atau menyebabkan diubah kenderaan motor itu supaya kedudukannya mematuhi subperenggan (1) dan pemandu atau pemunya kenderaan motor itu hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang diberi oleh pembantu letak kereta atau pegawai polis.
546
[10hb Mei 2012
Tidak dibenarkan meletakkan kenderaan motor tanpa membayar caj ditetapkan