Seksyen 63
Pemansuhan
Tertakluk kepada subperenggan (2), apabila Perintah ini mula berkuatkuasa,
Perintah Lalulintas Jalan (Peruntukan Mengenai Tempat Letak Kereta)(Majlis Daerah
Kemaman) 1991, Perintah Lalulintas (Peruntukan Mengenai Tempat Letak Kereta)
Majlis Daerah Kemaman (Pindaan ) 1995 dan Perintah Lalulintas Jalan (Letak Kereta
Bermeter) Majlis Daerah Kemaman 1996 (“Perintah-Perintah Termansuh”) adalah dimansuhkan.
(2)
Walau apapun subperenggan (1)—
(a)
tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Perintah ini boleh menghalang mana-mana orang daripada didakwa atau dihukum di bawah Perintah-Perintah termansuh bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan di bawah Perintah-Perintah termansuh sebelum mula berkuat kuasanya Perintah ini;
(b)
apa-apa prosiding di bawah Perintah-Perintah termansuh yang belum diputuskan sebelum mula berkuat kuasanya Perintah ini hendaklah diteruskan di bawah Perintah-Perintah termansuh seolah-olah
Perintah ini tidak dibuat; dan
(c)
apa-apa pelantikan atau pemberikuasaan yang dibuat di bawah
Perintah-Perintah termansuh hendaklah terus berkuat kuasa dan mempunyai kuat kuasa seolah-olah ia telah dibuat di bawah Perintah ini, sehinggalah pelantikan atau pemberikuasaan itu dibatalkan atau digantikan di bawah Perintah ini.
10hb Mei 2012]
563