Skip to content

Seksyen 11

of Akta Perindustrian Sekuriti 1983

ActRepealedProvision 105 of 137

Seksyen 11

(1)

Jika seseorang yang berkewajipan mematuhi, menuruti, menguatkuasa atau melaksanakan kaedah-kaedah atau kehendak-kehendak tersenarai sesuatu bursa saham tidak mematuhi, menuruti, menguatkuasa atau melaksanakan mana-mana kaedah atau kehendak-kehendak tersenarai itu, mengikut mana yang berkenaan, Mahkamah Tinggi boleh, atas permohonan Pendaftar atau bursa saham dan selepas memberi kepada orang yang terhadapnya perintah itu dibuat peluang untuk didengar, membuat suatu perintah memberi arahan-arahan kepada orang itu mengenai pematuhan, penurutan atau penguatkuasaan atau pelak sanaan, kaedah-kaedah atau kehendak-kehendak tersenarai itu.

(2)

Jika sekuriti sesuatu perbadanan atau sekuritu diadakan oleh perbadanan ada disenaraikan untuk sebut harga di pasaran saham sesuatu bursa saham maka perbadanan itu hendaklah, bagi maksud subseksyen (1), disifatkan sebagai berkewajipan mematuh menuruti dan melaksanakan kehendak-kehendak tersemanai bursa saham itu.

LESEN