Seksyen 5
of Akta Perindustrian Sekuriti 1983
ActRepealedProvision 99 of 137
Seksyen 5
(1)
Menteri hendaklah, melalui pemberitahuan dalam Warta, menubuh suatu badan perunding bernama Jawatankuasa Terbitan Modal yang terdiri dari beberapa orang anggota yang difikirkan patut untuk menasihatnya mengenai perkara-perkara berhubungan dengan perindustrian sekuriti.
(2)
Jawatankuasa Terbitan Modal boleh dari semasa ke semasa menasihat Pendaftar mengenai perkara-perkara berhubungan dengan perindustrian sekuriti.
(3)
Pendaftar boleh dari semasa ke semasa ber-unding dengan Jawatankuasa Terbitan Modal untuk melaksanakan Atka ini dengan patut dan berkesannya.