Seksyen 7
BURSA SAHAM
of Akta Perindustrian Sekuriti 1983
ActRepealedProvision 101 of 137
Seksyen 7
(1)
Seseorang tidak boleh menubuhkan atau menyenggara atau membantu dalam menubuh atau menyenggara atau mengemukakan dirinya sebagai mengadakan atau menyenggara sesuatu pasaran saham yang bukan pasaran saham bagi sesuatu bursa saham.
(2)
Seseorang yang melanggar atau tidak mematuhi peruntukan-peruntukan subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada tiga ribu ringgit dan mengenai sabitan kali kedua atau kali kemudian denda tidak lebih daripada lima belas ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya.
26