Skip to content
Amendment ActIn force

Akta Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2026

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2026
Sections
17
Languages
MS · EN

Akta Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2026 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1796 2026, currently marked in force and first recorded in 2026.

Front matterCover and publication detailsOpen

1

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA

Akta A1796

AKTA SISTEM INSURANS PEKERJAAN

(PINDAAN) 2026

Undang-Undang Malaysia 2

Akta A1796

Tarikh Perkenan Diraja

...

...

30 Ogos 2026

Tarikh penyiaran dalam Warta

...

15 September 2026

Hakcipta Pencetak H

Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan)

3

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta A1796

AKTA SISTEM INSURANS PEKERJAAN

(PINDAAN) 2026

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk meminda Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Sistem Insurans

Pekerjaan (Pindaan) 2026.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.

Pindaan tajuk panjang

Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 [Akta 800], yang disebut

“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam tajuk panjang dengan memasukkan selepas perkataan “sekiranya berlaku kehilangan pekerjaan” perkataan “, dan perkhidmatan pekerjaan untuk mana-mana orang,”.

Undang-Undang Malaysia 4

Akta A1796

Pindaan seksyen 1

Subseksyen 1(1) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “Sistem Insurans Pekerjaan” perkataan

“dan Perkhidmatan Pekerjaan”.

Pindaan seksyen 3

Seksyen 3 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan memasukkan selepas takrif “caruman” takrif yang berikut:

‘ “elaun bantuan mobiliti” ertinya suatu bayaran sekali gus kepada orang berinsurans untuk membantu penempatan pekerjaan semula orang berinsurans itu yang telah menerima suatu tawaran pekerjaan;’;

(b)

dalam takrif “faedah”, dengan menggantikan perkataan

“dan fi latihan” dengan perkataan “ , fi latihan dan elaun bantuan mobiliti”; dan

(c)

dengan menggantikan takrif “tempoh menunggu” dengan takrif yang berikut:

‘ “tempoh menunggu” ertinya suatu tempoh yang bermula dari tarikh pengemukaan suatu tuntutan bagi faedah di bawah seksyen 27 sehingga tarikh kelulusan suatu tuntutan bagi faedah di bawah seksyen 33;’.

Pindaan seksyen 8

Subseksyen 8(3) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut:

“(a)  Pengerusi yang hendaklah dilantik oleh Menteri;”.

Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan)

5

Pindaan seksyen 20

Seksyen 20 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Majikan berhak mendapatkan balik caruman pekerja daripada pekerja itu dengan memotong daripada gaji yang kena dibayar kepada pekerja itu dan tidak dengan apa-apa cara lain.

(1b)

Majikan tidak boleh memotong caruman majikan daripada mana-mana gaji yang kena dibayar kepada pekerja atau mendapatkan balik caruman majikan itu daripada pekerja itu dengan apa-apa cara lain.”.

Pindaan seksyen 36

Perenggan 36(1)(b) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “atau elaun bekerja semula awal” dengan perkataan

“ , elaun bekerja semula awal atau elaun bantuan mobiliti”.

Seksyen baharu 37a

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 37

seksyen yang berikut:

“Elaun bantuan mobiliti 37a.  Jika tuntutan bagi faedah berkenaan dengan orang berinsurans telah diluluskan di bawah seksyen 33 dan orang berinsurans itu menerima suatu tawaran pekerjaan yang baharu dan—

(a)

telah melapor diri untuk bekerja dalam tempoh tidak melebihi dua belas bulan selepas menerima elaun mencari pekerjaan yang terakhir; atau

(b)

telah melapor diri untuk bekerja dalam tempoh tidak melebihi dua belas bulan selepas menerima elaun bekerja semula awal,

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1796

orang berinsurans itu berhak mendapat elaun bantuan mobiliti pada kadar sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan dan hendaklah tertakluk kepada terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.”.

Pindaan seksyen 44

Seksyen 44 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Walau apa pun subseksyen (1), Pertubuhan boleh mengadakan program penempatan pekerjaan semula bagi orang berinsurans yang telah membuat tuntutan bagi faedah di bawah Akta ini mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.”.

Pindaan seksyen 45

Seksyen 45 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan “menubuhkan pusat atau institut” perkataan

“, atau bekerjasama dengan mana-mana orang”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas perkataan “menubuhkan apa-apa pusat atau institut” perkataan “, atau bekerjasama dengan mana-mana orang,”.

Bahagian baharu VIa dan VIb

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 45

bahagian yang berikut:

“Bahagian VIa

PERKHIDMATAN PEKERJAAN

Pemakaian Bahagian ini 45a.

Walau apa pun subseksyen 2(2), Bahagian ini hendaklah terpakai bagi mana-mana orang.

Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan)

7

Tafsiran 45b.  Bagi maksud Bahagian ini, “pembrokeran pekerjaan”

ertinya perkhidmatan untuk membantu mana-mana orang untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dan untuk membantu majikan untuk mendapatkan pekerja yang sesuai.

Perkhidmatan pekerjaan 45 c.  Pertubuhan boleh mengadakan perkhidmatan pekerjaan yang berikut kepada mana-mana orang mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan:

(a)

menjalankan pembrokeran pekerjaan termasuk pengiklanan, pemadanan kerja, kaunseling kerja dan nasihat kerjaya; dan

(b)

melaksanakan apa-apa fungsi lain yang berhubungan dengan perkhidmatan pekerjaan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pertubuhan.

Pelantikan ejen pekerjaan 45d.  Pertubuhan boleh melantik mana-mana orang yang berlesen di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981

[Akta 246] sebagai ejen pekerjaan bagi maksud pembrokeran pekerjaan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.

Pendaftaran perkhidmatan pekerjaan 45e.  (1)  Pertubuhan boleh mendaftarkan mana-mana orang yang telah mencapai umur lapan belas tahun bagi maksud perkhidmatan pekerjaan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), mana-mana orang boleh mendaftarkan dirinya dengan Pertubuhan bagi maksud perkhidmatan pekerjaan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.

Undang-Undang Malaysia 8

Akta A1796

Kewajipan majikan memberitahu kekosongan jawatan dan jawatan baharu 45f.  (1)  Bagi maksud pembrokeran pekerjaan, tiap-tiap majikan hendaklah memberitahu Pertubuhan secara bertulis tentang kekosongan jawatan atau jawatan baharu sebelum pengambilan pekerja untuk mengisi kekosongan jawatan atau jawatan baharu itu.

(2)

Pertubuhan boleh memperoleh, menggunakan atau mengiklankan maklumat apa-apa kekosongan jawatan atau jawatan baharu yang diperoleh melalui surat khabar, penerbitan, radio, televisyen atau apa-apa bentuk komunikasi massa lain, termasuk platform elektronik atau digital, mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.

(3)

Jika kekosongan jawatan atau jawatan baharu telah diisi, majikan hendaklah memberitahu Pertubuhan secara bertulis mengenai hakikat itu dalam tempoh tujuh hari selepas kekosongan jawatan atau jawatan baharu itu diisi.

(4)

Mana-mana majikan yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

bagi kesalahan pertama, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit;

(b)

bagi kesalahan kedua, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit; dan

(c)

bagi kesalahan ketiga atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.

Bahagian VIb

PASARAN BURUH YANG AKTIF

Pemakaian Bahagian ini 45g.  Walau apa pun subseksyen 2(2), Bahagian ini hendaklah terpakai bagi mana-mana orang.

Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan)

9

Pelaksanaan program, dsb., pasaran buruh yang aktif 45h.  (1)  Pertubuhan boleh melaksanakan apa-apa program, skim, langkah atau bantuan kewangan yang berhubungan dengan pasaran buruh yang aktif jika diarahkan oleh Kerajaan.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), Pertubuhan tidak boleh melakukan apa-apa perbelanjaan daripada Kumpulan Wang bagi program, skim, langkah atau bantuan kewangan yang dilaksanakan itu.”.

Pindaan seksyen 47

Perenggan 47(e) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “institut” perkataan “, atau bekerjasama dengan mana-mana orang,”.

Pindaan seksyen 59

Seksyen 59 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(4)  Akta Keterangan 1950 [Akta 56] tidak terpakai bagi prosiding Jemaah Rayuan.

(5)

Jemaah Rayuan boleh mengawal selia prosidingnya sendiri.”.

Pindaan seksyen 67

Subseksyen 67(1) Akta ibu dipinda—

(a)

dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut:

“(ba) untuk menjalankan perkhidmatan pekerjaan;”;

dan

(b)

dalam perenggan (c), dengan menggantikan perkataan

“dan menyediakan” dengan perkataan “, menyediakan dan menyebarkan”.

Undang-Undang Malaysia 10

Akta A1796

Seksyen baharu 81a dan 81b

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 81

seksyen yang berikut:

“Perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang 81a.  Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap Pertubuhan, Pengerusi Lembaga,

Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, mana-mana anggota

Lembaga, Jawatankuasa atau jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 9, Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan dan pegawai dan pekhidmat Pertubuhan atas sebab atau yang berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dilakukan atau yang ditinggalkan olehnya dalam masa menjalankan kewajipannya di bawah Akta ini melainkan jika boleh dibuktikan bahawa perbuatan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan atau ditinggalkan dengan niat jahat dan tanpa sebab yang munasabah.

Pemakaian Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 81b.  Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]

hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Pertubuhan, Pengerusi Lembaga,

Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, mana-mana anggota

Lembaga, Jawatankuasa atau jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 9, Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan dan pegawai dan pekhidmat Pertubuhan berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukannya dengan suci hati atau apa-apa peninggalan olehnya dengan suci hati atas sifat yang sedemikian.”.

Pindaan Jadual Ketiga

Jadual Ketiga kepada Akta ibu dipinda—

(a)

dalam perenggan 2, dengan menggantikan perkataan

“dua puluh lima peratus (25%)” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “lima puluh peratus (50%)”;

Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan)

(b)

dalam perenggan 4, dengan menggantikan subperenggan (a) dengan subperenggan yang berikut:

“(a) hendaklah dibayar pada kadar tiga puluh ringgit bagi setiap hari; dan”;

(c)

dalam perenggan 5, dengan menggantikan perkataan

“empat ribu ringgit” dengan perkataan “tujuh ribu ringgit”; dan

(d)

dengan memasukkan selepas perenggan 5 perenggan yang berikut:

“5a.  Amaun elaun bantuan mobiliti ialah satu ribu ringgit.”.

Kecualian dan peralihan

(1)

Semua sebutan mengenai Akta Sistem Insurans

Pekerjaan 2017 dalam mana-mana undang-undang bertulis atau dokumen hendaklah, pada tarikh Akta ini mula berkuat kuasa, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Akta Sistem Insurans

Pekerjaan dan Perkhidmatan Pekerjaan 2017.

(2)

Apa-apa kelulusan, keputusan atau tindakan lain yang diberikan, dibuat atau dilakukan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah disifatkan telah diberikan, dibuat atau dilakukan di bawah Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya berhubung dengan orang yang baginya ia terpakai seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh

Akta ini.

(3)

Jika pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, tuntutan untuk faedah di bawah seksyen 27 Akta ibu masih belum selesai di hadapan Pertubuhan, peruntukan Akta ibu yang berhubungan dengan tuntutan untuk faedah sebagaimana yang dipinda oleh

Akta ini hendaklah terpakai.

Common questions

What is Akta Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2026?
Akta Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2026 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1796 2026, currently marked in force and first recorded in 2026.
Is Akta Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2026 still in force?
Yes — Akta Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2026 is currently in force.
When did Akta Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2026 take effect?
Akta Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2026 was first recorded in 2026.
How many sections does Akta Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2026 have?
Akta Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2026 contains 17 sections.
Where can I read the official version of Akta Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2026?
The official text of Akta Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2026 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.

Akta Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan)… (A1796) | mylaw.my