Amendment Act · As enacted
Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2026
Amends the Employees’ Social Security Act 1969Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Keselamatan Sosial
Pekerja (Pindaan) 2026.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.
s 2Pindaan seksyen 2
Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 [Akta 4], yang disebut
“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—
dengan memasukkan selepas subseksyen (14) subseksyen yang berikut:
“(14a) “bukan bencana kerja” ertinya suatu kecederaan diri pada seorang pekerja disebabkan oleh kemalangan yang bukan terbit daripada dan dalam masa menjalankan pekerjaannya dalam sesuatu perusahaan yang terhadapnya Akta ini terpakai dan hendaklah tidak termasuk apa-apa keadaan yang dinyatakan dalam seksyen 96b;”; dan
Undang-Undang Malaysia
AKTA KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA
(PINDAAN) 2026
Undang-Undang Malaysia 4
dalam subseksyen (23), dengan memasukkan selepas perkataan “bencana kerja” perkataan “atau bukan bencana kerja”.
s 3Pindaan seksyen 6
Seksyen 6 Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Caruman di bawah subseksyen (1) hendaklah terdiri daripada kategori yang berikut:
caruman kategori pertama iaitu caruman yang kena dibayar oleh atau bagi pihak pekerja yang diinsuranskan terhadap kontingensi keilatan, bencana kerja dan bukan bencana kerja; dan
caruman kategori kedua iaitu caruman yang kena dibayar oleh atau bagi pihak pekerja yang diinsuranskan terhadap kontingensi bencana kerja dan bukan bencana kerja.”;
dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:
“(4) Caruman kategori pertama hendaklah dibayar oleh majikan dan pekerja berdasarkan fasa yang berikut:
Fasa Pertama sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual Ketiga;
Fasa Kedua sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual Ketiga; dan
Fasa Ketiga sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian III Jadual Ketiga.”;
Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan)
dengan menggantikan subseksyen (5) dengan subseksyen yang berikut:
“(5) Caruman kategori kedua hendaklah dibayar oleh majikan dan pekerja berdasarkan fasa yang berikut:
Fasa Pertama sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian IV Jadual Ketiga;
Fasa Kedua sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian V Jadual Ketiga; dan
Fasa Ketiga sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian VI Jadual Ketiga.”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (10) subseksyen yang berikut:
“(11) Bagi maksud seksyen ini—
“Fasa Pertama” ertinya tempoh kuat kuasa pemakaian perenggan 4(a) dan 5(a);
“Fasa Kedua” ertinya tempoh kuat kuasa pemakaian perenggan 4(b) dan 5(b) yang bermula sebaik selepas tamatnya tempoh kuat kuasa pemakaian perenggan 4(a)
dan 5(a);
“Fasa Ketiga” ertinya tempoh kuat kuasa pemakaian perenggan 4(c) dan 5(c) yang bermula sebaik selepas tamatnya tempoh kuat kuasa pemakaian perenggan 4(b)
dan 5(b).”.
s 4Pindaan seksyen 9
Seksyen 9 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(3) Dalam hal pembayaran caruman yang berhubungan dengan bukan bencana kerja, jika seorang pekerja mempunyai dua majikan atau lebih pada satu-satu masa, pekerja itu hendaklah menentukan satu sahaja majikan yang caruman itu hendaklah dibuat.
Undang-Undang Malaysia 6
Jika pekerja itu tidak menentukan majikan pilihannya sebagaimana yang disebut di bawah subseksyen (3), pembayaran caruman bagi pekerja itu hendaklah ditentukan mengikut cara dan masa yang dinyatakan dalam seksyen 10.”.
Pindaan seksyen 15
dalam perenggan (b), dengan memasukkan selepas perkataan
“bencana kerja” perkataan “atau bukan bencana kerja”;
dalam perenggan (c), dengan memasukkan selepas perkataan
“bencana kerja” perkataan “atau bukan bencana kerja”;
dalam perenggan (d), dengan memasukkan selepas perkataan
“bencana kerja” perkataan “atau bukan bencana kerja”;
dan
dalam perenggan (f), dengan memasukkan selepas perkataan
“bencana kerja” perkataan “atau bukan bencana kerja”.
s 6Pindaan seksyen 22
Seksyen 22 Akta ibu dipinda dalam proviso kepada perenggan (a)
dengan memasukkan selepas perkataan “bencana kerja”
di mana-mana jua terdapat perkataan “atau bukan bencana kerja”.
s 7Pindaan seksyen 26
Seksyen 26 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “bencana kerja” perkataan “atau bukan bencana kerja”; dan
dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan
“bencana kerja” perkataan “atau bukan bencana kerja”.
Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan)
s 8Pindaan seksyen 29
Subseksyen 29(1) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “bencana kerja” perkataan “atau bukan bencana kerja”.
s 9Pindaan seksyen 32
Perenggan 32(b) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “bencana kerja” perkataan “atau bukan bencana kerja”.
s 10Pindaan seksyen 34
Subseksyen 34(2) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “bencana kerja” perkataan “atau bukan bencana kerja”.
s 11Pindaan seksyen 37
Subseksyen 37(1) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “bencana kerja” perkataan “atau bukan bencana kerja”.
s 12Pindaan seksyen 44
Seksyen 44 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan
“Tiada sesiapa pun” dengan perkataan “Kecuali dalam hal bukan bencana kerja, tiada sesiapa pun”.
s 13Seksyen baharu 44a, 44b dan 44c
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 44
seksyen yang berikut:
“Kemalangan berlaku di luar Malaysia 44a. Seseorang orang berinsurans tidak berhak mendapat apa-apa faedah di bawah Akta ini berkaitan dengan hilang upaya akibat bukan bencana kerja disebabkan oleh kemalangan yang berlaku di luar Malaysia.
Undang-Undang Malaysia 8
Ketidaklayakan faedah bagi bukan bencana kerja dalam hal tertentu 44b. Seseorang orang berinsurans tidak berhak mendapat apa-apa faedah di bawah Akta ini berkaitan dengan hilang upaya akibat bukan bencana kerja jika Pertubuhan berpuas hati bahawa—
orang berinsurans itu terlibat dalam apa-apa perbuatan yang boleh dihukum di bawah seksyen 93; atau
dalam hal pekerja asing, orang berinsurans itu menyalahgunakan pas atau permit yang sah yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Imigresen atau melanggar apa-apa syarat kemasukan di bawah
Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155].
Faedah bagi kontingensi bukan bencana kerja 44c. Tertakluk kepada peruntukan Akta, seseorang orang berinsurans yang ditentukan oleh Pertubuhan mengalami hilang upaya akibat bukan bencana kerja hendaklah layak kepada semua faedah yang sama diterima akibat bencana kerja di bawah Akta ini.”.
s 14Pindaan seksyen 57a
Perenggan 57a(a) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “bencana kerja” perkataan “atau bukan bencana kerja”.
Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan)
s 15Penggantian seksyen 96
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 96 dengan seksyen yang berikut:
Seseorang orang berinsurans tidak berhak menerima, bagi tempoh yang sama dan berkenaan dengan hilang upaya yang sama, pencen ilat dan faedah hilang upaya kekal di bawah Akta ini.
Seseorang orang berinsurans atau seseorang orang tanggungan, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak berhak menerima kedua-dua faedah yang sama atau serupa di bawah Akta ini dan Akta lain yang ditadbir oleh Pertubuhan, bagi tempoh yang sama dan berkenaan dengan hilang upaya yang sama atau yang berkaitan, keilatan atau kematian.
Jika seseorang orang berinsurans atau seseorang orang tanggungan, mengikut mana-mana yang berkenaan, berhak menerima kedua-dua faedah yang sama atau serupa di bawah subseksyen (1) atau (2), orang berinsurans atau orang tanggungan itu boleh memilih faedah yang hendak diterimanya bagi tempoh itu dan keputusan orang itu adalah muktamad.”.
s 16Seksyen baharu 96b dan 96c
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 96a seksyen yang berikut:
“Hal keadaan yang tidak dianggap sebagai bukan bencana kerja 96b. Hal keadaan yang berikut hendaklah tidak boleh dianggap sebagai suatu bukan bencana kerja di bawah Akta ini jika—
kemalangan yang telah berlaku kepada orang berinsurans itu telah ditentukan oleh Pertubuhan sebagai suatu bencana pekerjaan sendiri di bawah
Undang-Undang Malaysia 10
Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017
[Akta 789] atau bencana domestik di bawah
Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022
[Akta 838]; atau
orang berinsurans mengalami apa-apa keadaan yang disebabkan oleh apa-apa penyakit.
Kelayakan faedah bagi tempoh yang sama dan berkenaan dengan hilang upaya yang sama 96c. (1) Seseorang orang berinsurans atau seseorang orang tanggungan, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak berhak menerima kedua-dua faedah yang sama atau serupa di bawah Akta ini atau mana-mana Akta lain yang ditadbir oleh Pertubuhan, bagi tempoh yang sama dan berkenaan dengan hilang upaya yang sama atau berkaitan, yang berhubungan dengan keilatan atau kematian.
Jika seseorang orang berinsurans atau orang tanggungan, mengikut mana-mana yang berkenaan, berhak menerima kedua-dua faedah yang sama atau serupa di bawah subseksyen (1), orang berinsurans atau orang tanggungan itu boleh memilih faedah yang hendak diterimanya bagi tempoh itu dan keputusan orang itu adalah muktamad.”.
s 17Pindaan Jadual Ketiga
Akta ibu dipinda dengan menggantikan Jadual Ketiga dengan jadual yang berikut:
“Jadual Ketiga
[Seksyen 6]
KADAR CARUMAN
s 1
Caruman kategori pertama dan kedua hendaklah dihitung dengan merujuk kepada gaji bulanan dan hendaklah dibayar mengikut kadar yang dinyatakan di bawah ini.
Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan)
s 2Bagi maksud Jadual ini—
“gaji bulanan” ertinya gaji yang kena dibayar kepada seseorang pekerja berkenaan dengan semua tempoh gaji yang berakhir dalam bulan itu;
dan
“tempoh gaji” ertinya tempoh yang berkenaan dengannya gaji yang patut diperoleh oleh seseorang pekerja kena dibayar.