Malaysia legislation
Section 3
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (ELAUN MODAL DIPERCEPAT) (KELENGKAPAN AUTOMASI) 2017
Seksyen 3
Pemakaian
(a)
syarikat yang layak yang memenuhi syarat yang berikut:
(i)
yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan bermastautin di Malaysia;
(ii)
yang melibatkan diri dalam aktiviti pengilangan selaras dengan
Akta Penyelarasan Industri 1975 [Akta 156];
(iii)
yang memegang suatu lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkenaan;
(iv)
yang telah menjalankan projek yang layak untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga puluh enam bulan;
(v)
yang telah melakukan perbelanjaan modal yang layak—
berhubung dengan syarikat yang layak yang menjalankan projek yang layak yang berhubungan dengan getah, plastik, kayu, perabot dan tekstil, dalam tempoh asas bagi tahun taksiran 2015 hingga tahun taksiran 2017; atau berhubung dengan syarikat yang layak yang menjalankan projek yang layak selain yang dinyatakan dalam subsubperenggan (A) sebagaimana yang ditentukan oleh
Menteri, dalam tempoh asas bagi tahun taksiran 2015
hingga tahun taksiran 2020; dan
(vi)
yang telah membuat permohonan untuk elaun modal melalui
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia yang ditubuhkan di bawah
Akta
Lembaga
Pembangunan
Pelaburan
Malaysia
(Pemerbadanan) 1965 [Akta 397]—
4
berhubung dengan syarikat yang layak yang disebut dalam subsubperenggan
(v)
, pada atau selepas 1 Januari 2015 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2017; atau berhubung dengan syarikat yang layak yang disebut dalam subsubperenggan
(v)
, pada atau selepas 1 Januari 2015 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2020; dan
(b)
kelengkapan automasi yang telah diperakui oleh Ketua Pengarah
Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia sebagai mengguna pakai teknologi yang lebih maju daripada teknologi semasa yang digunakan oleh syarikat yang layak.
Peruntukan menyifatkan yang berhubungan dengan perjanjian sewa beli