Seksyen 4
Peruntukan menyifatkan yang berhubungan dengan perjanjian sewa beli
of Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Elaun Modal Dipercepat) (Kelengkapan Automasi) 2017
Jika syarikat yang layak yang disebut dalam kaedah 3 melakukan perbelanjaan modal yang layak di bawah suatu perjanjian sewa beli bagi pembelian apa-apa kelengkapan automasi bagi maksud perniagaannya—
(a)
syarikat yang layak itu hendaklah dikira sebagai tuan punya kelengkapan automasi itu; dan
(b)
perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan oleh syarikat yang layak itu dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran hendaklah dikira sebagai bahagian modal daripada apa-apa bayaran ansuran atau, jika terdapat lebih daripada satu bayaran, daripada agregat bayaran yang dibuat oleh syarikat yang layak itu di bawah perjanjian sewa beli itu dalam tempoh asas itu.