Seksyen 2
Dalam Kaedah-Kaedah ini—
of Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Elaun Modal Dipercepat) (Kelengkapan Automasi) 2017
“kelengkapan automasi” ertinya apa-apa loji atau jentera yang digunakan secara langsung dalam projek yang layak yang mengguna pakai teknologi yang lebih maju daripada teknologi semasa yang digunakan oleh syarikat yang layak;
“perbelanjaan modal yang layak” ertinya suatu perbelanjaan modal yang berhubungan dengan kelengkapan automasi yang digunakan di Malaysia semata-mata bagi tujuan menjalankan suatu projek yang layak;
“projek yang layak” ertinya suatu projek yang diusahakan oleh suatu syarikat yang layak untuk memodenkan atau mengautomasikan aktiviti pengilangannya yang sedia ada bagi sesuatu produk;
“syarikat yang layak” ertinya syarikat yang disebut dalam perenggan 3(a).
3
Pemakaian