Skip to content

Seksyen 6

Elaun tahunan

of Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Elaun Modal Dipercepat) (Kelengkapan Automasi) 2017

P.U. (A)In forceProvision 6 of 7
Seksyen 6

Elaun tahunan yang diperuntukkan dalam perenggan 15 Jadual 3 kepada Akta yang layak dituntut oleh syarikat yang layak adalah bersamaan dengan—

(a)

berhubung dengan syarikat yang layak yang disebut dalam subsubperenggan 3(a)(v)(A), empat per lima daripada empat juta ringgit yang pertama perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan oleh syarikat yang layak itu; atau

(b)

berhubung dengan syarikat yang layak yang disebut dalam subsubperenggan 3(a)(v)(B), empat per lima daripada dua juta ringgit yang pertama perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan oleh syarikat yang layak itu.