Malaysia legislation
Section 7
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (ELAUN MODAL DIPERCEPAT) (KELENGKAPAN AUTOMASI) 2017
Seksyen 7
Kaedah-Kaedah ini tidak terpakai bagi suatu syarikat yang layak jika dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran—
(a)
syarikat yang layak itu telah diberikan apa-apa insentif di bawah
Akta Penggalakan Pelaburan 1986 [Akta 327];
6
(b)
syarikat yang layak itu telah membuat suatu tuntutan bagi elaun pelaburan semula di bawah Jadual 7A kepada Akta atau elaun pelaburan bagi sektor perkhidmatan di bawah Jadual 7B kepada Akta;
(c)
syarikat yang layak itu telah diberikan apa-apa pengecualian di bawah seksyen 127 Akta kecuali Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian)
(No. 8) 2017 [P.U. (A) 253/2017]; atau
(d)
syarikat yang layak itu telah membuat suatu tuntutan bagi suatu potongan di bawah mana-mana kaedah-kaedah lain di bawah seksyen 154 Akta kecuali—
(i)
kaedah-kaedah berhubung dengan elaun di bawah Jadual 3 kepada
Akta;
(ii)
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan
Audit) 2006 [P.U. (A) 129/2006];
(iii)
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan berhubung dengan Yuran Kesetiausahaan dan Yuran Pemfailan
Cukai) 2014 [P.U. (A) 336/2014]; atau
(iv)
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Elaun Modal Dipercepat)
(Kelengkapan Teknologi Maklumat dan Komunikasi) 2014
[P.U. (A) 217/2014].
Dibuat 25 Ogos 2017
[Perb. 0.3865/474 Vol.2; LHDN.01/10.5/64-2; PN(PU2)80/LXXXVIII]
DATUK SERI JOHARI BIN ABDUL GHANI
Menteri Kewangan Kedua
[Akan dibentangkan di
Dewan
Rakyat menurut subseksyen 154(2)
Akta Cukai Pendapatan 1967]
7
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (ACCELERATED CAPITAL ALLOWANCE)
(AUTOMATION EQUIPMENT) RULES 2017