Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
Tempoh sah kelulusan reka bentuk
(1)
Kelulusan reka bentuk adalah sah untuk tempoh dua tahun dari tarikh pengeluaran kelulusan oleh Suruhanjaya.
(2)
Apa-apa permohonan untuk melanjutkan tempoh sah kelulusan reka bentuk hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya, tiga bulan sebelum tamat tempoh sah.
(3)
Suruhanjaya boleh melanjutkan tempoh sah kelulusan reka bentuk dan boleh mengenakan syarat-syarat tambahan.
(4)
Apa-apa pengemukaan semula bagi melanjutkan tempoh sah kelulusan reka bentuk yang telah diluluskan hendaklah disifatkan sebagai pengemukaan baru jika pengemukaan tersebut dibuat—
(a)
apabila tempoh sah untuk kelulusan telah luput; atau
(b)
bila-bila masa kurang daripada tiga bulan sebelum tamat tempoh sah tersebut.
16