(8)
Perkara 144
Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam membuat kaedah-kaedah yang berikut:
Nama
/akn/my/act/pua/2017/343
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
KAEDAH-KAEDAH SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM 2017 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 343 2017, currently marked in force and first recorded in 2017.
Opening note
Perkara 144
Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam membuat kaedah-kaedah yang berikut:
Nama
Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan
Kaedah-Kaedah
Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam 2017.
Tafsiran
“anggota” ertinya seseorang anggota Suruhanjaya dan termasuklah Pengerusi dan
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya;
“mesyuarat Suruhanjaya” ertinya suatu mesyuarat Suruhanjaya yang diadakan mengikut kaedah 3;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Suruhanjaya atau mana-mana anggota yang menunaikan fungsi
Pengerusi menurut
Fasal
Perkara 142
Perlembagaan Persekutuan;
“Setiausaha” ertinya Setiausaha Suruhanjaya dan termasuklah Timbalan
Setiausaha Suruhanjaya;
“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
4
Mesyuarat Suruhanjaya
Suruhanjaya hendaklah mengadakan satu mesyuarat Suruhanjaya tiap-tiap minggu, melainkan jika diputuskan selainnya oleh Pengerusi, pada hari dan masa dan tempat yang akan ditetapkan oleh Pengerusi.
Tiap-tiap anggota hendaklah diberitahu secara bertulis tentang hari, masa dan tempat mesyuarat Suruhanjaya sekurang-kurangnya sehari sebelum mesyuarat itu.
Pada mana-mana mesyuarat Suruhanjaya, Pengerusi dan empat anggota lain hendaklah membentuk suatu kuorum.
Mesyuarat khas Suruhanjaya
Pengerusi boleh, pada bila-bila masa, mengadakan suatu mesyuarat khas
Suruhanjaya untuk membincangkan secara terperinci atau memutuskan tentang apa-apa perkara yang berhubungan dengan fungsi Suruhanjaya sebagaimana yang ditetapkan dalam Perkara 144 Perlembagaan Persekutuan.
Pengerusi mesyuarat Suruhanjaya
Jika Pengerusi tidak dapat hadir atas apa-apa sebab, mesyuarat
Suruhanjaya hendaklah dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya.
Jika Pengerusi atau Timbalan Pengerusi Suruhanjaya tidak dapat mempengerusikan mana-mana mesyuarat Suruhanjaya, mesyuarat itu hendaklah dipengerusikan oleh anggota yang dilantik di bawah Fasal (3A) Perkara 142
Perlembagaan Persekutuan.
Mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat Suruhanjaya
Suruhanjaya atau Pengerusi boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat Suruhanjaya bagi maksud menasihati Suruhanjaya
5
tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat tersebut.
Tiada keputusan boleh dibuat oleh Suruhanjaya dalam mana-mana mesyuarat Suruhanjaya melainkan orang lain yang diundang telah meninggalkan mesyuarat itu.
Penzahiran kepentingan
Mana-mana anggota yang mempunyai apa-apa kepentingan dalam apa-apa perkara yang sedang dipertimbangkan atau diputuskan dalam mana-mana mesyuarat
Suruhanjaya hendaklah menzahirkan hakikat dan jenis kepentingannya dan yang hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat yang dalamnya penzahiran itu dibuat.
Selepas penzahiran di bawah subkaedah (1) dibuat, anggota itu tidak boleh hadir atau mengambil bahagian dalam mana-mana pertimbangtelitian atau keputusan mesyuarat Suruhanjaya yang berhubungan dengan perkara itu dan ketidakhadiran itu hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat yang dalamnya penzahiran itu dibuat.
Kelakuan semasa mesyuarat
Dalam mana-mana mesyuarat Suruhanjaya, Pengerusi boleh menegur mana-mana anggota jika Pengerusi mendapati anggota itu menyimpang daripada hal yang sedang dibincangkan atau selainnya berkelakuan dengan cara yang difikirkan tidak mengikut tatacara oleh Pengerusi.
Pengerusi boleh mengarahkan mana-mana anggota yang ingkar kepada teguran yang dibuat di bawah subkaedah (1) untuk meninggalkan mesyuarat
Suruhanjaya.
Walau apa pun subkaedah (2), Pengerusi boleh membenarkan anggota itu untuk menghadiri semula mesyuarat Suruhanjaya.
Setiausaha hendaklah bertanggungjawab bagi—
menyediakan salinan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan 1957
[Akta 393] kepada setiap anggota; dan
melaksanakan apa-apa perkara sebagaimana yang diarahkan oleh
Pengerusi.
Agenda mesyuarat Suruhanjaya
Agenda mesyuarat Suruhanjaya hendaklah diedarkan kepada anggota sekurang-kurangnya sehari sebelum mesyuarat.
Mana-mana anggota hendaklah memberitahu Setiausaha secara bertulis sekurang-kurangnya dua hari bekerja sebelum bermulanya mana-mana mesyuarat
Suruhanjaya sekiranya anggota itu berhasrat untuk memasukkan isu tambahan dalam agenda mesyuarat Suruhanjaya.
7
Setiausaha hendaklah mendapatkan keizinan Pengerusi tentang apa-apa isu tambahan yang dicadangkan dalam agenda mesyuarat Suruhanjaya.
Jika keizinan Pengerusi diperoleh, Setiausaha hendaklah—
menyebabkan suatu kertas disediakan bagi maksud pembentangan isu tambahan dalam mesyuarat Suruhanjaya; dan
mengedarkan semula agenda mesyuarat di bawah subkaedah (1)
berserta dengan kertas yang disebut dalam perenggan (a) kepada anggota.
Jika Pengerusi tidak mengizinkan isu tambahan oleh seseorang anggota dimasukkan dalam agenda mesyuarat
Suruhanjaya,
Setiausaha hendaklah memaklumkan anggota itu mengenai keputusan itu.
Pengerusi boleh, menurut budi bicaranya, membenarkan apa-apa perkara lain yang tidak disenaraikan dalam agenda mesyuarat Suruhanjaya dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.
Kertas untuk dibentangkan dan minit mesyuarat
Kertas yang hendak dibentangkan dalam mana-mana mesyuarat Suruhanjaya dan minit mesyuarat terdahulu hendaklah tersedia kepada anggota sekurang-kurangnya sehari sebelum mesyuarat itu.
Pengundian
Pengerusi hendaklah menentukan suatu kaedah pengundian dalam mana-mana mesyuarat Suruhanjaya.
Tiap-tiap anggota yang hadir pada mesyuarat Suruhanjaya termasuk
Pengerusi hendaklah berhak kepada satu undi.
8
Jika terdapat persamaan dari segi bilangan undian tentang suatu perkara yang perlu diputuskan oleh mesyuarat Suruhanjaya, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undinya yang terdahulu.
Keputusan
Suruhanjaya boleh membuat suatu keputusan sebulat suara atau majoriti, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang berhubungan dengan perkara yang dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat Suruhanjaya.
Setiausaha hendaklah memastikan bahawa apa-apa keputusan
Suruhanjaya dalam mana-mana mesyuarat Suruhanjaya direkodkan secara bertulis.
Keputusan tanpa mesyuarat
Suruhanjaya boleh membuat suatu keputusan tanpa mesyuarat tentang apa-apa perkara melalui edaran kertas kepada anggota dan anggota hendaklah membuat keputusan yang berhubungan dengan kertas itu.
Keputusan di bawah subkaedah (1) hendaklah menjadi keputusan sebulat suara dan hendaklah disahkan dalam mesyuarat Suruhanjaya yang berikutnya.
Jika tiada keputusan sebulat suara dibuat di bawah subkaedah (2) atau mana-mana anggota menghendaki perkara tersebut dipertimbangkan dalam mesyuarat
Suruhanjaya, kertas itu hendaklah dipertimbangkan dalam mesyuarat Suruhanjaya.
Penyampaian notis, dsb.
Tiap-tiap keputusan di bawah kaedah 13 atau 14 hendaklah disampaikan secara bertulis kepada orang atau pihak yang tertakluk kepada keputusan Suruhanjaya.
Apa-apa notis, dokumen atau komunikasi yang berhubungan dengan subkaedah (1) yang ditinggalkan di atau diposkan ke atau dihantar dengan apa-apa cara yang munasabah ke alamat terakhir yang diketahui hendaklah disifatkan telah disampaikan atau diberitahukan dengan sewajarnya kepada orang atau pihak yang tertakluk kepada keputusan Suruhanjaya.
9
Jawatankuasa
Pengerusi boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa, sebagaimana yang
Pengerusi fikirkan perlu atau suai manfaat, untuk membuat apa-apa syor kepada
Suruhanjaya.
Suatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subkaedah (1)—
hendaklah dipengerusikan oleh mana-mana anggota atau mana-mana pegawai Suruhanjaya yang dilantik oleh Pengerusi;
hendaklah menepati dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada Jawatankuasa oleh Pengerusi; dan
Anggota jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subkaedah (1) boleh dilantik daripada kalangan anggota, pegawai Suruhanjaya atau mana-mana orang lain sebagaimana yang difikirkan layak oleh Pengerusi.
Jawatankuasa hendaklah membuat syor kepada Suruhanjaya dalam masa sembilan puluh hari dari tarikh penubuhan Jawatankuasa di bawah subkaedah (1).
Jika jawatankuasa tidak dapat membuat apa-apa syor dalam masa yang dinyatakan dalam subkaedah (4), Pengerusi boleh memberi pelanjutan masa untuk suatu tempoh tidak lebih daripada sembilan puluh hari.
Jika tiada pelanjutan masa diberikan di bawah subkaedah (5), jawatankuasa itu hendaklah terbubar serta-merta.
Kerahsiaan
Semua kertas yang dipertimbangkan oleh
Suruhanjaya dan surat-menyurat yang berhubungan dengan apa-apa perkara untuk pertimbangan
10
Suruhanjaya hendaklah, melainkan jika ditentukan selainnya oleh Suruhanjaya, diperingkatkan sebagai “Sulit”.
Tiap-tiap anggota termasuk anggota jawatankuasa hendaklah bertanggungjawab bagi jagaan selamat semua kertas Suruhanjaya dan dokumen
Kerajaan yang diamanahkan dalam jagaannya.
Mana-mana orang yang terhenti menjadi anggota Suruhanjaya hendaklah mengembalikan kepada Setiausaha semua kertas dan dokumen yang diamanahkan kepadanya sewaktu tempoh jawatannya sebagai anggota Suruhanjaya.
Tatacara
Tertakluk kepada Kaedah-Kaedah ini, Pengerusi hendaklah mempunyai kuasa untuk menentukan tatacara yang tidak diperuntukkan dalam Kaedah-Kaedah ini.
Pindaan
Apa-apa pindaan kepada Kaedah-Kaedah ini hendaklah tertakluk kepada kelulusan suatu ketetapan Suruhanjaya bagi pindaan tersebut.
Pembatalan
Perkara 144 Perlembagaan Persekutuan setakat yang berhubungan dengan penjalanan mesyuarat Suruhanjaya dibatalkan.
Dibuat 9 November 2017
[SPA.DP(S)100-25(6); PN(PU2)171B/VI]
DATO' ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD
Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
11
FEDERAL CONSTITUTION
________________
Opening note
The Commission shall hold one meeting of the Commission every week, unless decided otherwise by the Chairman, on a day and at the time and venue to be fixed by the Chairman.
Every member shall be notified in writing of the day, time and venue of the meeting of the Commission at least a day before the meeting.
At any meeting of the Commission, the Chairman and four other members shall form a quorum.
Special meeting of the Commission 4.
The Chairman may, at any time, convene a special meeting of the Commission to discuss in such detail or decide on any matter relating to the functions of the Commission as prescribed in Article 144 of the Federal Constitution.
Chairman of the meeting of the Commission 5.
Where the Chairman is unable to be present for any reason, the meeting of the Commission shall be presided by the Deputy Chairman of the Commission.
Where the Chairman or Deputy Chairman of the Commission is unable to chair any meeting of the Commission, the meeting shall be presided by the member appointed under the Clause (3A) of Article 142 of the Federal Constitution.
Invitation to others to attend meeting of the Commission 6.
The Commission or the Chairman may invite any person to attend any meeting of the Commission for the purpose of advising the Commission on any matter under discussion but shall not be entitled to vote at the meeting.
No decision shall be made by the Commission at any meeting of the
Commission unless the person invited has left the meeting.
Disclosure of interest 7.
Any member who has any interest in any matter being deliberated or decided in any meeting of the Commission shall disclose the fact and nature of his interest
14
and which shall be recorded in the minutes of the meeting at which the disclosure is made.
After a disclosure under subrule (1) is made, the member shall not be present or take part in any deliberation or decision of the meeting of the Commission relating to the matter and such absence shall be recorded in the minutes of the meeting at which the disclosure is made.
Conduct at meetings 8.
At any meeting of the Commission, the Chairman may admonish any member if the Chairman finds that the member is departing from the subject being discussed or is otherwise conducting himself in a manner which the Chairman thinks to be out of order.
The Chairman may direct any member who disobeys the admonition made under subrule (1) to leave the meeting of the Commission.
Notwithstanding subrule (2), the Chairman may allow the member to re-attend the meeting of the Commission.
The ruling of the Chairman shall be final.
Secretary to meeting of the Commission 9.
The Secretary shall be responsible to—
ensure all decisions of the meeting are recorded in the minutes of the meeting;
provide a copy of the Service Commissions Act 1957 [Act 393] to each member; and
implement any other matters as directed by the Chairman.
Agenda of the meeting of the Commission 10.
The agenda of the meeting of the Commission shall be circulated to the members at least a day before the meeting.
Any member shall inform the Secretary in writing at least two working days prior to the commencement of any meeting of the Commission if the member wishes to put in any additional issues in the agenda of the meeting of the Commission.
The Secretary shall obtain the consent of the Chairman on any additional issues proposed to the agenda of the meeting of the Commission.
Where the consent of the Chairman is obtained, the Secretary shall—
cause a paper to be prepared for the purpose of the presentation of the additional issue in the meeting of the Commission; and
re-circulate the agenda of the meeting under subrule (1) together with the paper referred to in paragraph (a) to the members.
16
Where the Chairman has not consented for the additional issue by a member to be put in the agenda of the meeting of the Commision, the Secretary shall notify such member of the decision.
The Chairman may, in his discretion, allow any other matters not included in the agenda of the meeting of the Commission to be discussed in the meeting.
Papers to be tabled and minutes of the meeting 11.
Papers that are to be tabled at any meeting of the Commission and the minutes of the previous meeting shall be made available to the members at least a day before the meeting.
Voting 12.
Every member present at a meeting of the Commission including the
Chairman shall be entitled to one vote.
Where there is an equal number of votes on a matter to be decided at a meeting of the Commission, the Chairman shall have a casting vote in addition to his earlier vote.
Decision 13.
The Commission may make a unanimous or majority decision, as the case may be, relating to the matters discussed at any meeting of the Commission.
The Secretary shall ensure that any decision of the Commission at any meeting of the Commission be recorded in writing.
17
Decision without meeting 14.
The Commission may make a decision without a meeting on any matter by circulation of papers to the members and the members shall make a decision relating to the papers.
The decision under subrule (1) shall be a unanimous decision and shall be confirmed at the next meeting of the Commission.
Where no unanimous decision is made under subrule (2) or any member requires the matter to be considered at the meeting of the Commission, the paper shall be considered in the meeting of the Commission.
Service of notice, etc.
Every decision under rule 13 or 14 shall be communicated in writing to the person or party who is the subject of the decision of the Commission.
Any notice, document or communication relating to subrule (1) left at or posted to or sent by any other reasonable means to the last known address shall be deemed to have been duly served on or communicated to the person or party who is the subject of the decision by the Commission.
Committee 16.
The Chairman may establish any committee, as the Chairman thinks necessary or expedient, to make any recommendations to the Commission.
A committee established under subrule (1)—
shall be presided by any member or any officer of the Commission appointed by the Chairman;
shall conform to and act in accordance with any direction given to the committee by the Chairman; and
18
The members of the committee established under subrule (1) may be appointed from amongst the members, officers of the Commission or such other persons as the Chairman thinks fit.
(4 )
The committee shall make recommendations to the Commission within ninety days from the date of the establishment of the committee under subrule (1).
Where the committee is unable to make any recommendation within the time specified in subrule (4), the Chairman may give an extension of time of not more than ninety days.
Where no extension of time is given under subrule (5), the committee shall be dissolved forthwith.
Confidentiality 17.
All papers considered by the Commission and correspondence relating to any matter to be considered by the Commission shall, unless otherwise determined by the Commission, be classified as "Confidential".
Every member including members of a committee shall be responsible for the safe custody of all Commission papers and Government documents entrusted to his custody.
Any person who ceased to be a member of the Commission shall return to the secretary all papers and documents entrusted to him during his tenure as a member of the Commission.
Procedure 18.
Subject to these Rules, the Chairman shall have the power to determine a procedure which is not provided in these Rules.
19
Amendment 19.
Any amendment to these Rules shall be subject to the passing of a resolution of the
Commission for such amendment.
Revocation 20.
Any rules of the Commission made under Clause (3A) of Article 144 of the
Federal Constitution to the extent that it relates to the conduct of the meeting of the
Commission is revoked.
Made 9 November 2017
[SPA.DP(S) 100-25(6); PN(PU2)171B/VI]
DATO' ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD
Secretary
Public Services Commission