Seksyen 1
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Bank
Negara Malaysia (Pelaksanaan Ketetapan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa
Bersatu yang berhubungan dengan Republik Persekutuan Somalia) 2017.
/akn/my/act/pua/2017/167
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
PERATURAN-PERATURAN BANK NEGARA MALAYSIA (PELAKSANAAN KETETAPAN MAJLIS KESELAMATAN BANGSA-BANGSA BERSATU YANG BERHUBUNGAN DENGAN REPUBLIK P... is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 167 2017, currently marked in force and first recorded in 2017.
Opening note
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Bank
Negara Malaysia (Pelaksanaan Ketetapan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa
Bersatu yang berhubungan dengan Republik Persekutuan Somalia) 2017.
Matlamat
Matlamat Peraturan-Peraturan ini adalah untuk melaksanakan langkah yang diputuskan oleh Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu menurut Perkara 41
Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu untuk memberi kesan kepada pembekuan dana, aset kewangan dan sumber ekonomi yang berhubungan dengan Republik Persekutuan
Somalia dan untuk memperuntukkan mengenai perkara lain yang berkaitan.
Tafsiran
“Jawatankuasa Majlis Keselamatan” ertinya Jawatankuasa Majlis Keselamatan
Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditubuhkan menurut perenggan 11 Ketetapan 751 (1992)
Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu;
“Ketetapan” ertinya Ketetapan 751 (1992), 1844 (2008), 1907 (2009),
1916 (2010), 1972 (2011), 2002 (2011), 2023 (2011), 2060 (2012), 2111 (2013),
2182 (2014), 2244 (2015) dan 2317 (2016) Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa
Bersatu;
P.U. (A) 167 3
“Majlis Keselamatan” ertinya Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditubuhkan di bawah Perkara 7 Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu;
“orang yang ditetapkan” ertinya individu, atau entiti sebagaimana yang diperuntukkan dalam peraturan 4.
Orang yang ditetapkan
Orang yang ditetapkan hendaklah seseorang individu atau entiti yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan atau Jawatankuasa Majlis Keselamatan di bawah
Ketetapan sebagaimana yang disenaraikan di dalam Senarai yang diwujudkan, disenggarakan dan dikemas kini oleh Jawatankuasa Majlis Keselamatan dan boleh didapati di laman sesawang rasmi Bangsa-Bangsa Bersatu di http://www.un.org.
Pembekuan dana, aset kewangan dan sumber ekonomi
Sesuatu institusi kewangan hendaklah—
membekukan apa-apa dana, aset kewangan atau sumber ekonomi yang dimiliki atau dikawal, sama ada secara langsung atau tidak langsung, oleh—
orang yang ditetapkan;
individu atau entiti yang bertindak bagi pihak, atau atas arahan, mana-mana orang yang ditetapkan; atau
entiti yang dimiliki atau dikawal oleh orang yang ditetapkan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak, atau atas arahan, mana-mana orang yang ditetapkan;
dan
memastikan bahawa tiada dana, aset kewangan atau sumber ekonomi diadakan, sama ada secara langsung atau tidak langsung,
P.U. (A) 167 4
oleh mana-mana orang untuk atau bagi faedah orang yang disebut dalam perenggan (1)(a).
Pembekuan dana, aset kewangan atau sumber ekonomi di bawah subperaturan (1) tidak terpakai bagi pembekuan dana, aset kewangan atau sumber ekonomi yang telah ditentukan oleh Bank, melalui suatu notis bertulis, sebagai perlu—
bagi bayaran perbelanjaan asas, termasuk apa-apa bayaran bagi bahan makanan, sewa atau gadaian, ubat dan rawatan perubatan, cukai, premium insurans dan caj utiliti awam;
secara eksklusif bagi bayaran fi profesional yang munasabah dan pembayaran balik bagi perbelanjaan yang ditanggung yang berkaitan dengan peruntukan perkhidmatan guaman mengikut mana-mana undang-undang bertulis;
bagi bayaran fi atau caj perkhidmatan mengikut mana-mana undang-undang bertulis bagi pemegangan atau penyenggaraan lazim dana, aset kewangan atau sumber ekonomi yang dibekukan;
bagi bayaran apa-apa perbelanjaan luar biasa yang diluluskan oleh
Jawatankuasa Majlis Keselamatan;
dalam perkara mana-mana lien kehakiman, pentadbiran atau timbang tara atau penghakiman, yang dalam hal sedemikian dana, aset kewangan atau sumber ekonomi itu boleh digunakan untuk memenuhi lien atau penghakiman itu, dengan syarat lien atau penghakiman itu—
telah dibuat sebelum 20 November 2008; dan
bagi maksud untuk memastikan penghantaran bantuan kemanusiaan yang diperlukan segera pada masanya di Somalia, oleh—
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, agensi atau program khususnya;
organisasi kemanusiaan yang mempunyai status pemantau dengan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu yang menyediakan bantuan kemanusiaan; atau
rakan pelaksana bagi orang yang disebut dalam subperenggan (f)(i) dan (ii).
Sesuatu institusi kewangan boleh mengkreditkan suatu akaun yang dibekukan di bawah subperaturan (1) dengan—
apa-apa bayaran yang kena dibayar di bawah apa-apa kontrak, perjanjian atau obligasi yang berbangkit sebelum 20 November 2008, dengan syarat bahawa institusi kewangan itu terus membekukan apa-apa faedah, pendapatan dan bayaran lain yang dikreditkan ke dalam akaun itu.
Pembekuan dana, aset kewangan atau sumber ekonomi di bawah subperaturan (1) hendaklah terhenti daripada terpakai bagi seseorang yang ditetapkan jika Majlis Keselamatan atau Jawatankuasa Majlis Keselamatan telah mengeluarkan nama orang yang ditetapkan itu daripada Ketetapan.
P.U. (A) 167 6
Langkah-langkah perlu untuk menghalang pembiayaan, dsb., kepada orang yang ditetapkan
Sesuatu institusi kewangan hendaklah mengambil langkah-langkah perlu untuk menghalang, secara langsung atau tidak langsung, bantuan kewangan atau bantuan lain termasuk pelaburan, pembrokeran atau perkhidmatan kewangan lain, yang berkaitan dengan aktiviti ketenteraan atau pembekalan, penjualan, pemindahan, pengilangan, penyenggaraan atau penggunaan senjata atau peralatan ketenteraan, kepada mana-mana orang yang ditetapkan.
Sesuatu institusi kewangan, termasuk cawangannya di luar Malaysia, hendaklah menjalankan usaha yang wajar untuk menghalang peruntukan perkhidmatan kewangan termasuk insurans atau insurans semula atau pemindahan aset kewangan atau aset lain atau sumber jika perkhidmatan, aset atau sumber itu, termasuklah pelaburan baharu akan melanggar Ketetapan.
Kewajipan untuk memberi maklumat
Sesuatu institusi kewangan yang—
telah membekukan apa-apa dana, aset kewangan atau sumber ekonomi di bawah subperaturan 5(1); atau
mempunyai maklumat tentang apa-apa transaksi atau transaksi yang dicadangkan atau apa-apa perbuatan atau benda yang dilarang oleh
Peraturan-Peraturan ini, hendaklah dengan serta-merta memaklumkan Bank mengenai fakta atau maklumat itu, dan memberi maklumat yang selanjutnya yang berhubungan dengan dana, aset kewangan, sumber ekonomi, transaksi, transaksi yang dicadangkan, perbuatan atau benda itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Bank.
P.U. (A) 167 7
Kesalahan
Mana-mana institusi kewangan yang tidak mematuhi Peraturan-Peraturan ini melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen 82(4) Akta.
Dibuat 15 Mei 2017
[BNM.JUN.1119/15/76; PN(PU2)262/X]
MUHAMMAD BIN IBRAHIM
Gabenor
Diluluskan 31 Mei 2017
[KK/BUU/(S)10/0.49 SJ.1 JLD.8(35); PN(PU2)262/X]
DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK
Menteri Kewangan
P.U. (A) 167 8
CENTRAL BANK OF MALAYSIA ACT 2009
CENTRAL BANK OF MALAYSIA (IMPLEMENTATION OF THE UNITED NATIONS
SECURITY COUNCIL RESOLUTIONS RELATING TO THE FEDERAL REPUBLIC OF
SOMALIA) REGULATIONS 2017
Opening note
A financial institution shall—
freeze any funds, financial assets or economic resources owned or controlled, whether directly or indirectly, by—
a designated person;
an individual or entity acting on behalf, or at the direction, of any designated person; or
an entity owned or controlled by a designated person or any person acting on behalf, or at the direction, of any designated person; and
ensure that no funds, financial assets or economic resources are made available, whether directly or indirectly, by any person to or for the benefit of the persons referred to in paragraph (1)(a).
The freezing of funds, financial assets or economic resources under subregulation (1) shall not apply to the freezing of funds, financial assets or economic resources which have been determined by the Bank, through a written notice, to be necessary—
P.U. (A) 167 10
for the payment of basic expenses, including any payment for foodstuff, rent or mortgage, medicines and medical treatment, taxes, insurance premiums and public utility charges;
exclusively for the payment of reasonable professional fees and reimbursement of incurred expenses associated with the provision of legal services in accordance with any written law;
for the payment of fees or service charges in accordance with any written laws for routine holding or maintenance of the frozen funds, financial assets or economic resources;
for the payment of any extraordinary expenses approved by the
Security Council Committee;
in the subject of any judicial, administrative or arbitral lien or judgment, in which case the funds, financial assets or economic resources may be used to satisfy such lien or judgment, provided that the lien or judgment—
was entered into before 20 November 2008; and
for the purpose of ensuring the timely delivery of urgently needed humanitarian assistance in Somalia, by—
the United Nations, its specialized agencies or programmes;
humanitarian organizations having observer status with the
United
Nations
General
Assembly that provide humanitarian assistance; or
P.U. (A) 167 11
implementing partners of the persons referred to in subparagraphs (f)(i) and (ii).
A financial institution may credit an account frozen under subregulation (1) with—
any payment due under any contract, agreement or obligation that arose before 20 November 2008, provided that the financial institution continues to freeze any such interest, other earnings and payments credited into that account.
The freezing of funds, financial assets and economic resources under subregulation (1) shall cease to apply to a designated person if the Security Council or the Security Council Committee has removed the name of the designated person from the Resolutions.
Necessary measures to prevent financing, etc., to a designated person 6.
A financial institution shall take necessary measures to prevent, direct or indirect, financial and other assistance including investment, brokering or other financial services, related to military activities or to the supply, sale, transfer, manufacture, maintenance or use of weapons or military equipment, to any designated person.
A financial institution, including its branches outside Malaysia, shall exercise due diligence to prevent provision of financial services including insurance or reinsurance or the transfer of financial or other assets or resources if such services, assets or resources, includes new investment would contravene the Resolutions.
P.U. (A) 167 12
Duty to provide information 7.
A financial institution which—
has frozen any funds, financial assets or economic resources under subregulation 5(1); or
has information about any transaction or proposed transaction or any act or thing prohibited by these Regulations, shall immediately inform the Bank of that fact or information, and provide such further information relating to the funds, financial assets, economic resources, transaction, proposed transaction, act or thing as the Bank may require.
Offence 8.
Any financial institution who fails to comply with these Regulations commits an offence under subsection 82(4) of the Act.
Made 15 May 2017
[BNM.JUN.1119/15/76; PN(PU2)262/X]
MUHAMMAD BIN IBRAHIM
Governor
Approved 31 May 2017
[KK/BUU/(S)10/0.49 SJ.1 JLD.8(35); PN(PU2)262/X]
DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK
Minister of Finance