Malaysia legislation

Section 2

of LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH ACT 1973

Section 2

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Bahagian” ertinya Bahagian yang ditubuhkan di bawah seksyen 14;

“Kawasan Terengganu Tengah” ertinya mana-mana kawasan yang ditetapkan oleh Menteri mengikut seksyen 9;

Akta 104

Undang-Undang Malaysia 8

Akta 104

“Kumpulan Wang” ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 17;

“Lembaga” ertinya Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kemajuan luar bandar dan wilayah;

“Negeri” ertinya Negeri Terengganu;

“pegawai perakaunan” termasuklah tiap-tiap pegawai dan pekhidmat yang dipertanggungkan dengan kewajipan memungut, menerima, atau mengakaunkan, atau yang sebenarnya memungut, menerima atau mengakaunkan, apa-apa wang Kumpulan Wang, atau yang dipertanggungkan dengan kewajipan membayar, atau yang sebenarnya membayar, apa-apa wang, dan tiap-tiap pegawai dan pekhidmat yang dipertanggungkan dengan penerimaan, penjagaan atau pelupusan, atau pengakaunan, apa-apa barang simpanan dan harta Lembaga atau yang sebenarnya menerima, memegang atau melupuskan barang simpanan dan harta itu;

“Pengarah” ertinya Pengarah sesuatu Bahagian yang ditetapkan di bawah seksyen 14;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 5;

“Pengurus Besar” ertinya Pengurus Besar yang dilantik di bawah seksyen 13;

“perbadanan” ertinya perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28;

“syarikat” mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepada “perbadanan” di bawah subseksyen 4(1) *Akta Syarikat 1965

[Akta 125]; dan

“Timbalan Pengerusi” ertinya Timbalan Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 5.

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016

[Akta 777] m.b.p. 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah 9

Section 2 — LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH ACT 1973