Malaysia legislation

Section 23

of LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH ACT 1973

Section 23

Pewakilan kuasa Lembaga

(1)

Lembaga boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat, batasan atau sekatan yang difikirkannya patut, mewakilkan kuasa kepada Pengerusi, Pengurus Besar atau mana-mana orang lain kuasa dan autoriti untuk menjalankan bagi pihaknya apa-apa kuasa, kewajipan atau fungsi yang diletakhakkan atau dipertanggungkan oleh Akta ini pada atau ke atas Lembaga sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, kecuali kuasa untuk meminjam wang, memperdapatkan pinjaman atau membuat peraturan-peraturan; dan apa-apa kuasa atau fungsi yang diwakilkan demikian boleh dijalankan atau dilaksanakan oleh Pengerusi atau Pengurus Besar atau orang lain, mengikut mana-mana yang berkenaan, atas nama dan bagi pihak Lembaga.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Lembaga boleh mewakilkan autoriti kepada Pengerusi, Pengurus Besar, mana-mana anggotanya yang lain atau mana-mana orang untuk membenarkan perbelanjaan daripada Kumpulan Wang atau mana-mana wang lain di bawah kawalan Lembaga hingga takat yang dinyatakan oleh Lembaga dalam hal itu.

Undang-Undang Malaysia 22

Akta 104

Section 23 — LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH ACT 1973