Malaysia legislation

Section 12

of LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH ACT 1973

Section 12

Pengerusi

(1)

Pengerusi hendaklah bertanggungjawab bagi penyeliaan dan pengawalan pelaksanaan dasar dan keputusan yang dibuat oleh Lembaga.

(2)

Pengerusi boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat, batasan atau sekatan yang difikirkannya patut, mewakilkan kuasa, kewajipan atau fungsinya kepada mana-mana anggota lain, mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga untuk menjalankan kuasa, kewajipan atau fungsi yang terletak hak pada atau dipertanggungkan ke atas Pengerusi di bawah Akta ini sebagaimana yang ditentukan oleh Pengerusi.

(3)

Pengerusi hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan lain atau kewajipan tambahan yang ditentukan oleh Menteri dari semasa ke semasa.

(4)

Jika Pengerusi tidak ada di Malaysia buat sementara atau tidak berupaya buat sementara oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain yang cukup untuk melaksanakan kewajipannya,

Timbalan Pengerusi hendaklah melaksanakan kewajipan Pengerusi itu semasa Pengerusi tidak ada buat sementara atau tidak berupaya kerana apa-apa sebab lain itu.

Undang-Undang Malaysia 16

Akta 104

Section 12 — LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH ACT 1973