Section 18
Pelantikan dan kelayakan Penasihat Bebas
of Malaysian Airline System Berhad (Administration) Act 2015
(2)
Tiada seorang pun boleh dilantik sebagai Penasihat Bebas melainkan jika—
(a)
orang itu telah bersetuju secara bertulis mengenai pelantikan itu;
(b)
orang itu tidak mempunyai hubung kait dengan pelantik, pengurusan dan lembaga pengarah Syarikat yang Ditadbir dan Malaysia Airlines Berhad, dan tidak mempunyai apa jua kepentingan dalam Syarikat yang Ditadbir dan
Malaysia Airlines Berhad; dan
(c)
orang itu merupakan—
(i)
suatu bank pelaburan;
(ii)
suatu firma akauntan; atau
Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran)
(iii)
seorang (selain orang sebenar) yang dibenarkan untuk menjalankan aktiviti pemberian nasihat mengenai kewangan korporat yang merupakan aktiviti terkawal di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671] dan yang, pada pendapat pelantik, mempunyai pengalaman yang dikehendaki atau berupaya melaksanakan tugas Penasihat Bebas.