Skip to content

Section 16

Kewajipan pegawai untuk membantu dalam penyiasatan

of Malaysian Airline System Berhad (Administration) Act 2015

ActIn forceProvision 16 of 36
Section 16

(a)

menghantar kepada Pentadbir semua buku, rekod dan dokumen Syarikat yang Ditadbir yang berada dalam milikan pegawai itu; dan

Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran)

(b)

jika pegawai itu mengetahui lokasi buku, rekod dan dokumen lain yang berhubungan dengan Syarikat yang

Ditadbir, memaklumkan Pentadbir tentang lokasi buku, rekod dan dokumen itu.

(2)

Seseorang pegawai Syarikat yang Ditadbir hendaklah—

(a)

membantu Pentadbir pada bila-bila masa; dan

(b)

memberi Pentadbir apa-apa maklumat berkenaan dengan harta, hal ehwal dan hal keadaan kewangan Syarikat yang Ditadbir, sebagaimana yang dikehendaki oleh Pentadbir secara munasabah.

(3)

Pentadbir hendaklah, apabila pentadbiran di bawah Akta ini berakhir, mengembalikan apa-apa buku, rekod dan dokumen yang diterima di bawah subseksyen (1) kepada Syarikat yang

Ditadbir.