Skip to content

Section 15

Penyiasatan oleh Pentadbir

of Malaysian Airline System Berhad (Administration) Act 2015

ActIn forceProvision 15 of 36
Section 15
(1)

Pentadbir boleh menghendaki mana-mana pegawai Syarikat yang Ditadbir untuk menentusahkan dan mengemukakan kepada

Pentadbir suatu pernyataan mengenai hal ehwal Syarikat yang

Ditadbir dalam masa dua puluh satu hari.

(2)

Pernyataan itu hendaklah mengikut apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Pentadbir dan hendaklah mengandungi maklumat yang berikut:

(a)

butir-butir mengenai semua harta dan tanggungan;

(b)

nama dan alamat pemiutang;

(c)

cagaran yang dipegang oleh pemiutang dan tarikh bila cagaran itu diberikan;

(d)

suatu akuan berkanun yang dibuat di bawah Akta Akuan

Berkanun 1960 [Akta 13], yang mengisytiharkan bahawa maklumat dalam pernyataan hal ehwal itu adalah benar dan betul; dan

(e)

apa-apa maklumat lain yang dikehendaki oleh

Pentadbir.