In forceAs enactedCurrent version · As enacted
Notis Pemulaan Kajian Semula Pentadbiran Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Keluli Tahan Karat Gulungan Sejuk dalam Bentuk Gegelung, Kepingan atau Apa-Apa Bentuk Lain yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Rakyat China, Republik Korea, Chinese Taipei dan Thailand · As enacted
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Setelah menentukan bahawa terdapat kewujudan keterangan yang mencukupi untuk mewajarkan suatu kajian semula pentadbiran duti anti-lambakan berkenaan dengan import dagangan subjek, Kerajaan akan memulakan kajian semula pentadbiran menurut subseksyen 28(6) Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 dan peraturan 34 Peraturan-Peraturan Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1994.