Notis Pemulaan Kajian Semula Pentadbiran Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Keluli Tahan Karat Gulungan Sejuk dalam Bentuk Gegelung, Kepingan atau Apa-Apa Bentuk Lain yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Rakyat China, Republik Korea, Chinese Taipei dan Thailand · As enacted
8. Had masa
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Mana-mana pihak berkepentingan yang berhasrat untuk memohon soal selidik hendaklah berbuat demikian tidak lewat daripada lima belas hari selepas penyiaran notis ini dalam Warta.
Semua pihak berkepentingan hendaklah menyatakan pandangan mereka secara bertulis dan mengemukakan jawapan soal selidik dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyiaran notis ini dalam Warta sekiranya pandangan dan jawapan itu hendak diambil kira semasa kajian semula pentadbiran, melainkan jika dinyatakan selainnya.