Skip to content
Contents

6. Soal selidik

Feedback & support
(1)

Bagi maksud mendapatkan maklumat yang disifatkan perlu bagi kajian semula pentadbiran itu, Kerajaan akan menghantar soal selidik kepada—

(a)

industri Malaysia dan mana-mana persatuan pengeluar di Malaysia;

(b)

pengeluar dan pengeksport dagangan subjek di Republik Rakyat China, Republik Korea, Chinese Taipei dan Thailand;

(c)

pengimport dan mana-mana persatuan pengimport; dan

(d)

Kerajaan Republik Rakyat China, Republik Korea, Chinese Taipei dan Thailand;

P.U. (B) 31 5

(2)

Dalam apa-apa keadaan, semua pihak berkepentingan yang tidak dihubungi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dijemput untuk menghubungi MITI secara bertulis, melalui pos, faksimile, e-mel atau serahan tangan, untuk mengetahui sama ada mereka disenaraikan dalam permintaan kajian semula pentadbiran ini.

(3)

Jika perlu, pihak berkepentingan itu boleh memohon bagi salinan soal selidik itu dengan mengenal pasti jenis aktiviti perniagaan mereka yang berkaitan dengan kajian semula pentadbiran ini.

Report