Notis Pemulaan Penyiasatan Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Produk Gulungan Rata Besi atau Keluli Bukan Aloi Dengan Kelebaran 600MM atau Lebih, Disalut, Disadur atau Disepuh Dengan Timah (Electrolytic Tinplate atau Tinplate) yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Rakyat China, Republik India, Jepun dan Republik Korea · As enacted
2. Dagangan subjek
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Dagangan subjek yang dikatakan sedang dilambakkan di Malaysia ialah produk gulungan rata besi atau keluli bukan aloi dengan kelebaran 600mm atau lebih, disalut, disadur atau disepuh dengan timah (electrolytic tinplate atau tinplate) yang dikelaskan di bawah Kod Sistem yang Diharmonikan (“Kod H.S.”) dan Tatanama Tarif
Berharmonis ASEAN (“AHTN”) 7210.11.90 00 dan 7210.12.90 00.
Kod H.S. dan AHTN yang dinyatakan dalam subperenggan (1) diberikan hanya untuk makluman dan tidak mempunyai kesan mengikat terhadap pengelasan dagangan subjek.