Malaysia legislation

Section 4

of NOTIS PEMULAAN PENYIASATAN DUTI ANTI-LAMBAKAN BERKENAAN DENGAN IMPORT PRODUK GULUNGAN RATA BESI ATAU KELULI BUKAN ALOI DENGAN KELEBARAN 600MM ATAU LEBIH, DISALUT, DISADUR ATAU DISEPUH DENGAN TIMAH (ELECTROLYTIC TINPLATE ATAU TINPLATE) YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI REPUBLIK RAKYAT CHINA, REPUBLIK INDIA, JEPUN DAN REPUBLIK KOREA

Seksyen 4

(1)

Pempetisyen telah menyatakan dan memberikan keterangan bahawa import dagangan subjek dari Republik Rakyat China, Republik India, Jepun dan

Republik Korea telah meningkat dari segi kuantiti mutlak.

(2)

Dikatakan selanjutnya bahawa kesan lambakan itu, industri Malaysia telah mengalami kemudaratan, yang antara lain, pemotongan harga, kemelesetan harga, pengurangan syer pasaran, kemerosotan jualan, kemerosotan jumlah pengeluaran sebenar dan penggunaan kapasiti, penurunan aliran tunai, pengurangan dalam penggajian dan upah dan pengurangan dalam pulangan jumlah aset.

P.U. (B) 313 4

Tatacara