Skip to content
Contents

6. Soal selidik

Feedback & support
(1)

Bagi maksud mendapatkan maklumat yang disifatkan perlu bagi penyiasatan itu, Kerajaan akan menghantar soal selidik kepada—

(a)

industri Malaysia dan mana-mana persatuan pengeluar di Malaysia;

(b)

pengeluar atau pengeksport dagangan subjek dari Republik Rakyat

China, Republik India, Jepun dan Republik Korea yang dinamakan dalam petisyen;

(c)

pengimport dan mana-mana persatuan pengimport yang dinamakan dalam petisyen; dan

(d)

Kerajaan Republik Rakyat China, Republik India, Jepun dan

Republik Korea.

(2)

Dalam apa-apa keadaan, semua pihak berkepentingan yang tidak dihubungi oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dijemput untuk menghubungi MITI secara bertulis, melalui pos, faksimile, e-mel atau serahan tangan untuk mengetahui sama ada mereka disenaraikan dalam petisyen ini.

(3)

Jika perlu, pihak berkepentingan itu boleh memohon bagi salinan soal selidik itu dengan mengenal pasti jenis aktiviti perniagaan mereka yang berkaitan dengan penyiasatan ini.

P.U. (B) 313 5

Report