Skip to content
In forceAs enacted
Contents

P.U. (B)

Notis Pemulaan Penyiasatan Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Produk Gulungan Rata Keluli Aloi Lain dan Keluli Bukan Aloi, Disadur atau Disalut Aluminium dan Zink, yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Rakyat China, Chinese Taipei dan Republik Sosialis Viet Nam

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

s 1Petisyen

Petisyen itu telah dibuat oleh—

NS Bluescope Malaysia Sdn. Bhd.

Aras 11, Tower 8, UOA Business Park

No. 1, Jalan Pengaturcara U1/51A

Seksyen U1, 40150 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan

Malaysia, pengeluar dalam negeri produk gulungan rata keluli aloi lain dan keluli bukan aloi, disadur atau disalut aluminium dan zink, bagi pihak industri Malaysia.

P.U. (B) 245 3

(1)

Dagangan subjek yang dikatakan sedang dilambakkan ialah produk gulungan rata keluli aloi lain dan keluli bukan aloi, disadur atau disalut aluminium dan zink yang dikelaskan di bawah Kod Sistem yang Diharmonikan (“Kod H.S.”) dan

Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN (“AHTN”) 7210.61.11 00, 7210.61.12 00,

7210.61.91 00, 7210.61.92 00, 7210.61.99 00, 7212.50.23 00, 7212.50.24 00,

7212.50.29 00, 7225.92.90 00, 7225.99.90 00, 7226.99.19 00 dan 7226.99.99 00.

(2)

Kod H.S. dan AHTN yang dinyatakan dalam subperenggan (1) diberikan hanya untuk makluman dan tidak mempunyai kesan mengikat terhadap pengelasan dagangan subjek.

(1)

Pengataan lambakan adalah berdasarkan perbandingan antara nilai normal dagangan subjek di

Republik

Rakyat

China,

Chinese

Taipei dan

Republik Sosialis Viet Nam dengan harga eksport yang bersamaan dengannya apabila dagangan subjek itu dieksport ke Malaysia.

(2)

Berdasarkan perbandingan ini, margin lambakan sebagaimana yang dikatakan oleh pempetisyen adalah signifikan bagi pengeluar atau pengeksport itu.

(1)

Pempetisyen telah menyatakan dan memberikan keterangan bahawa import dagangan subjek dari

Republik Rakyat China,

Chinese

Taipei dan

Republik Sosialis Viet Nam telah meningkat dari segi kuantiti mutlak.

(2)

Dikatakan selanjutnya bahawa kesan lambakan itu, industri Malaysia telah mengalami kemudaratan, yang antara lainnya, peningkatan dalam jumlah import, pengurangan dalam syer pasaran, pemotongan harga, kemelesetan harga, penyekatan harga, pengurangan dalam jualan dan pusing ganti, peningkatan inventori, kemerosotan keuntungan yang berterusan, pengeluaran dan penggunaan kapasiti yang rendah serta pengurangan dalam pulangan pelaburan dan jumlah aset.

P.U. (B) 245 4

(1)

Setelah menentukan bahawa keterangan yang mencukupi wujud untuk mewajarkan suatu penyiasatan duti anti-lambakan dimulakan dan penyiasatan sedemikian adalah demi kepentingan awam, Kerajaan memulakan penyiasatan menurut seksyen 20 Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 dan subperaturan 7(1)

Peraturan-Peraturan Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1994.

(2)

Penyiasatan ini akan menentukan kewujudan, tahap dan kesan lambakan dagangan subjek yang dikatakan kepada industri Malaysia.

(1)

Bagi maksud mendapatkan maklumat yang disifatkan perlu bagi penyiasatan itu, Kerajaan akan menghantar soal selidik kepada–

(a)

industri Malaysia dan mana-mana persatuan pengeluar di Malaysia;

(b)

pengeluar atau pengeksport dagangan subjek dari

Republik Rakyat China, Chinese Taipei dan Republik Sosialis

Viet Nam yang dinamakan dalam petisyen;

(c)

pengimport dan mana-mana persatuan pengimport yang dinamakan dalam petisyen; dan

(d)

Kerajaan Republik Rakyat China, Chinese Taipei dan Republik

Sosialis Viet Nam.

(2)

Dalam apa-apa keadaan, semua pihak berkepentingan yang tidak dihubungi oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) hendaklah menghubungi MITI melalui e-mel untuk mengetahui sama ada mereka disenaraikan dalam petisyen ini.

P.U. (B) 245 5

(3)

Jika perlu, pihak berkepentingan itu boleh memohon suatu salinan soal selidik itu dengan mengenal pasti jenis aktiviti perniagaan mereka yang berkaitan dengan penyiasatan ini.

s 7Pengumpulan maklumat

Semua pihak berkepentingan dijemput untuk memberikan pandangan mereka secara elektronik, khususnya dengan menjawab soal selidik yang dialamatkan kepada mereka dan dengan mengemukakan keterangan sokongan.

s 8Pengesahan Maklumat

Kerajaan boleh menentusahkan ketepatan maklumat yang dikemukakan semasa penyiasatan mengikut seksyen 40 Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 dan peraturan 38 Peraturan-Peraturan Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1994.

(1)

Mana-mana pihak berkepentingan yang berhasrat untuk memohon soal selidik hendaklah berbuat demikian tidak lewat daripada lima belas hari selepas penyiaran notis ini dalam Warta.

(2)

Semua pihak berkepentingan hendaklah menyatakan pandangan mereka secara elektronik dan mengemukakan jawapan soal selidik dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyiaran notis ini dalam Warta sekiranya pandangan dan maklum balas itu hendak diambil kira semasa penyiasatan ini, melainkan jika dinyatakan selainnya.

(1)

Semua pengemukaan maklumat dan maklum balas soal selidik hendaklah dibuat secara elektronik melalui Sistem Pengurusan Penyiasatan Remedi Perdagangan

(TRIMA), yang boleh diakses di https://traderemedies.miti.gov.my.

P.U. (B) 245 6

(2)

Apa-apa pertanyaan lanjut dan surat-menyurat boleh dikemukakan kepada—

Pengarah

Seksyen Amalan Perdagangan

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)

Aras 9, Menara MITI

No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah 50480 Kuala Lumpur

Malaysia

Nombor Telefon

: (603) 6208 4634/4640/4643/4635

Nombor Faksimili

: (603) 6211 4429

Alamat e-mel

: alltps@miti.gov.my.

(3)

Sekiranya pihak berkepentingan tidak memberikan maklumat yang perlu atau maklumat dan pandangan itu tidak diterima dalam bentuk yang memadai dalam had masa yang ditetapkan, Kerajaan boleh membuat penentuan awal atau muktamadnya berdasarkan fakta yang ada mengikut seksyen 41 Akta Duti Timbal Balas dan

Anti-Lambakan 1993.

Bertarikh 16 Julai 2026

[MITI.600-2/2/57(S); PN(PU2)529/JLD.34]

DATUK SERI JOHARI BIN ABDUL GHANI

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri

P.U. (B) 245 7

COUNTERVAILING AND ANTI-DUMPING DUTIES ACT 1993

NOTICE OF INITIATION OF ANTI-DUMPING DUTY INVESTIGATION WITH REGARD TO

IMPORTS OF FLAT ROLLED PRODUCT OF OTHER ALLOY STEEL AND

NON-ALLOY STEEL, PLATED OR COATED WITH ALUMINIUM AND ZINC, ORIGINATING

OR EXPORTED FROM THE PEOPLE’S REPUBLIC OF CHINA, CHINESE TAIPEI AND

THE SOCIALIST REPUBLIC OF VIET NAM

(AD 01/26)

s 8

The Government may verify the accuracy of information submitted during the investigation in accordance with section 40

of the

Countervailing and

Anti-Dumping Duties Act 1993 and regulation 38 of the Countervailing and

Anti-Dumping Duties Regulations 1994.

Time limit 9.

(1)

Any interested party who desires to request for a questionnaire shall do so not later than fifteen days after the publication of this notice in the Gazette.

(2)

All interested parties shall present their views by electronic means and submit questionnaire responses within the period of thirty days from the date of publication of this notice in the Gazette if such views and responses are to be taken into consideration during the anti-dumping duty investigation, unless otherwise specified.

Submission of information, questionnaire response and correspondence 10.

(1)

All submissions of information and questionnaire responses must be made by electronic means via Trade Remedies Investigation Management System (TRIMA), which can be accessed at https://traderemedies.miti.gov.my.

P.U. (B) 245 11

(2)

Any request for clarification and correspondence may be directed to—

Director

Trade Practices Section

Ministry of Investment, Trade and Industry (MITI)

Level 9, Menara MITI

No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah 50480 Kuala Lumpur

Malaysia

Telephone number

: (603) 6208 4634/4640/4643/4635

Facsimile number

: (603) 6211 4429

E-mail address

: alltps@miti.gov.my.

(3)

If the interested parties do not provide the necessary information or the information and views are not received in adequate form within the specified time limit, the Government may make its preliminary or final determination on the basis of the available facts in accordance with section 41 of the Countervailing and

Anti-Dumping Duties Act 1993.

Dated 16 July 2026

[MITI.600-2/2/57(S); PN(PU2)529/JLD.34]

DATUK SERI JOHARI BIN ABDUL GHANI

Minister of Investment, Trade and Industry