Skip to content

Seksyen 9

Had masa

of Notis Pemulaan Penyiasatan Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Produk Gulungan Rata Keluli Aloi Lain dan Keluli Bukan Aloi, Disadur atau Disalut Aluminium dan Zink, yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Rakyat China, Chinese Taipei dan Republik Sosialis Viet Nam

P.U. (B)In forceProvision 11 of 14
Seksyen 9

(1)

Mana-mana pihak berkepentingan yang berhasrat untuk memohon soal selidik hendaklah berbuat demikian tidak lewat daripada lima belas hari selepas penyiaran notis ini dalam Warta.

(2)

Semua pihak berkepentingan hendaklah menyatakan pandangan mereka secara elektronik dan mengemukakan jawapan soal selidik dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyiaran notis ini dalam Warta sekiranya pandangan dan maklum balas itu hendak diambil kira semasa penyiasatan ini, melainkan jika dinyatakan selainnya.