Notis Pemulaan Penyiasatan Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Produk Gulungan Rata Keluli Aloi Lain dan Keluli Bukan Aloi, Disadur atau Disalut Aluminium dan Zink, yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Rakyat China, Chinese Taipei dan Republik Sosialis Viet Nam · As enacted
5. Tatacara
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Setelah menentukan bahawa keterangan yang mencukupi wujud untuk mewajarkan suatu penyiasatan duti anti-lambakan dimulakan dan penyiasatan sedemikian adalah demi kepentingan awam, Kerajaan memulakan penyiasatan menurut seksyen 20 Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 dan subperaturan 7(1)
Peraturan-Peraturan Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1994.
Penyiasatan ini akan menentukan kewujudan, tahap dan kesan lambakan dagangan subjek yang dikatakan kepada industri Malaysia.