Malaysia legislation

Section 4

of NOTIS PERMULAAN KAJIAN SEMULA PENTADBIRAN DUTI ANTI-LAMBAKAN BERKENAAN DENGAN IMPORT BESI ATAU KELULI BUKAN ALOI GEGELUNG GULUNGAN SEJUK, DENGAN KELEBARAN MELEBIHI 1300MM YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI REPUBLIK RAKYAT CHINA, JEPUN, REPUBLIK KOREA DAN REPUBLIK SOSIALIS VIET NAM

Seksyen 4

Alasan bagi kajian semula pentadbiran

(1)

Permintaan bagi kajian semula pentadbiran itu adalah berdasarkan alasan bahawa penamatan duti anti-lambakan yang berkuat kuasa pada masa ini berkemungkinan menyebabkan lambakan dan kemudaratan berterusan atau berulang terhadap industri Malaysia.

(2)

Pemohon mengemukakan keterangan yang mencukupi mengenai lambakan dan kemudaratan terhadap industri Malaysia serta hubung kait antara import dagangan subjek itu dengan kemudaratan yang dikatakan dialami oleh industri domestik di Malaysia.

(3)

Kerajaan berpuas hati bahawa permintaan itu mengandungi alasan yang mencukupi untuk memulakan suatu kajian semula pentadbiran.

(4)

Dalam membuat keputusan ini, Kerajaan juga telah meneliti harga dagangan subjek di pasaran dalam negeri di Malaysia berhubung dengan kemungkinan lambakan itu berterusan atau berulang.

P.U. (B) 519 4

Tatacara