Malaysia legislation

Section 8

of NOTIS PERMULAAN KAJIAN SEMULA PENTADBIRAN DUTI ANTI-LAMBAKAN BERKENAAN DENGAN IMPORT BESI ATAU KELULI BUKAN ALOI GEGELUNG GULUNGAN SEJUK, DENGAN KELEBARAN MELEBIHI 1300MM YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI REPUBLIK RAKYAT CHINA, JEPUN, REPUBLIK KOREA DAN REPUBLIK SOSIALIS VIET NAM

Seksyen 8

Had masa

(1)

Semua pihak berkepentingan yang berhasrat untuk memohon soal selidik hendaklah berbuat demikian tidak lewat daripada lima belas hari selepas penyiaran notis ini dalam Warta.

P.U. (B) 519 5

(2)

Semua pihak berkepentingan hendaklah menyatakan pandangan mereka secara bertulis dan mengemukakan jawapan soal selidik dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyiaran notis ini dalam Warta sekiranya pandangan dan jawapan itu hendak diambil kira semasa kajian semula pentadbiran, melainkan jika dinyatakan selainnya.

Pengemukaan maklumat, jawapan soal selidik dan surat-menyurat