Malaysia legislation

Section 6

of NOTIS PERMULAAN KAJIAN SEMULA PENTADBIRAN DUTI ANTI-LAMBAKAN BERKENAAN DENGAN IMPORT BESI ATAU KELULI BUKAN ALOI GEGELUNG GULUNGAN SEJUK, DENGAN KELEBARAN MELEBIHI 1300MM YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI REPUBLIK RAKYAT CHINA, JEPUN, REPUBLIK KOREA DAN REPUBLIK SOSIALIS VIET NAM

Seksyen 6

Soal selidik

(1)

Bagi maksud mendapatkan maklumat yang disifatkan perlu bagi kajian semula pentadbiran itu, Kerajaan boleh menghantar soal selidik kepada semua pihak berkepentingan yang berkenaan.

(2)

Dalam apa-apa keadaan, semua pihak berkepentingan yang tidak dihubungi oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dijemput untuk menghubungi MITI secara bertulis, melalui pos, faksimile, e-mel atau serahan tangan, untuk mengetahui sama ada mereka disenaraikan dalam permintaan kajian semula pentadbiran ini.

(3)

Jika perlu, pihak berkepentingan itu boleh memohon bagi salinan soal selidik itu dengan mengenal pasti jenis aktiviti perniagaan mereka yang berkaitan dengan kajian semula pentadbiran ini.

Pengumpulan maklumat